Tuesday, January 21, 2020

Kejohanan Sukantara SMK Benut 2020




Acara Sukantara adalah salah satu program di bawah Unit Kokurikulum yang diadakan sebelum menjelangnya Acara Kejohanan Olahraga Tahunan bagi setiap tahun. Acara Sukantara ini merupakan kesinambungan daripada Acara Merentas Desa yang telah diadakan pada 11 Januari 2020 yang lalu. Pungutan mata yang diperolehi dalam acara tersebut akan digabungkan bersama pungutan mata yang diperolehi oleh setiap rumah sukan di dalam Acara Sukantara. Keseluruhan mata yang diperolehi di dalam kedua-dua acara sukan tersebut akan dibawa ke acara kemuncak iaitu Acara Kejohanan Olaharaga Tahunan.

Pada tahun ini, Acara Sukantara ini melibatkan semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Acara disertai oleh semua murid yang mewakili rumah sukan iaitu Panglima, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Acara Sukantara diadakan selama dua hari iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Acara bermula pada jam 2.30 petang dimana semua guru dan murid berkumpul di Dtaran Baiduri, SMKB untuk menjalankan sesi pendaftaran yang dikendalikan oleh guru rumah sukan masing-masing. Murid-murid telah diberi penerangan tentang perjalanan Acara Sukantara semasa perhimpunan pagi oleh En Mohd Lutfi bin Mohd Kamran. Setiap murid dikehendaki melaksanakan 4 acara sukan iaitu Acara Lari 100 Meter, Acara Lari 400 Meter, Acara Lompat Jauh dan Acara Lontar Peluru. Setiap murid dikehendaki melepasi tahap yang telah ditetapkan untuk memperolehi 2 mata bagi setiap acara. Murid-murid diberi galakan untuk menyertai setiap acara kerana setiap penyertaan walaupun tidak melepasi tahap yang ditetapkan akan diberikan 1 mata. Pada jam 3.00 petang, semua murid bergerak mengikut rumah sukan masing-masing mengikut acara sukan yang telah ditetapkan oleh guru.

 Keseluruhan perjalanan bagi 4 acara tersebut berjalan lancar kerana semua ahli rumah sukan telah mematuhi Sistem Giliran Acara yang telah ditetapkan. Ini memudahkan perjalanan acara yang berlaku secara serentak bagi keempat-empat acara. Kerjasama daripada semua guru dan staf sokongan sangat baik dan telah melancarkan proses penghakiman bagi kesemua acara sukan.


Secara keseluruhannya perjalanan Acara Sukantara Peringkat SMK Benut 2017 berjalan lancar tanpa berlakunya sebarang kemalangan yang tidak diingini. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Acara Sukantara tahun 2020. Diharapkan agar semangat kerjasama ini dapat diteruskan bagi menjayakan pelbagai lagi program yang akan dianjurkan pada masa mendatang.


No comments: