Friday, April 20, 2012

Karnival Bahasa Cina Sekolah Menengah Daerah Pontian 2012



Tahniah dan syabas kepada pelajar SMK Benut (CHUA JING XUAN dan TEE JING YING) pelajar 4 Ibnu Sina yang berjaya mendapat tempat KETIGA dalam pertandingan mendeklamasikan sajak kategori Menengah Atas di Karnival Bahasa Cina Sekolah Menengah Daerah Pontian yang diadakan di SMK Benut pada hari Sabtu, 7 April 2012. 















Thursday, April 12, 2012

Tahniah Panitia Sains dan Matematik 2012



9 April 2012 – Syabas dan tahniah kepada pasukan SMK Benut yang berjaya dengan Cemerlang sehingga mendapat JOHAN dalam kategori ‘Portable Cooking With Nature’ sempena Festival Sains dan Teknologi Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Daerah Pontian Tahun 2012 yang diadakan pada hari Sabtu, 7 April 2012 bertempat di SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian.

Teruskan kejayaan cemerlang ini ke peringkat Negeri pula.





Kursus Membuat Coklat Persatuan KHB 2012



Pada hari Rabu, 28 Mac 2012, Persatuan Kemahiran Hidup Bersepadu telah mengadakan Kursus Membuat Coklat bertempat di Bilik Masakan, KHB, SMK Benut.

Kursus bermula jam 7.15 pagi dan berakhir pada jam 8.35 pagi (perjumpaan kokurikulum). Seramai 52 orang ahli persatuan telah turut serta dalam kursus ini.

Guru Penasihat Persatuan Kemahiran Hidup Bersepadu, iaitu Puan Hajah Asiah Binti Juli memaklumkan antara objektif kursus, iaitu meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan alatan dan kelengkapan dapur serta meningkatkan ilmu pelajar kearah keusahawanan.

Coklat yang telah siap dibuat telah dijual kepada warga sekolah. Wang tersebut dimasukkan ke dalam tabung persatuan.