Saturday, October 28, 2017

Rantaian Kasih Qiamullail Calon SPM 2017

25 Oktober 2017: Satu Program Rantaian Kasih Qiamullail Calon SPM 2017 telah dijalankan di Asrama Asli SMKB. Seramai 100 orang murid dengan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada guru-guru, warden dan penyelia asrama telah terlibat.

Berikut adalah tentatif aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut dijalankan:


Tarikh
Masa
Aktiviti
Pakaian

5.30 – 6.00 ptg
Pendaftaran
·         Baju Melayu / Baju kurung
 25/10/17
6.00 – 6.30 ptg
Taklimat asrama dan masuk ke dorm
·         Tudung biasa
(Khamis)
6.30 – 7.00 ptg
Makan malam
·         Kasut sekolah / ’sandle’

7.00 – 8.00 mlm
Solat Magrib dan bacaan Yassin


8.00 – 10.00 mlm
Solat Isyak
Tazkirah : Pengorbanan Ibu bapa
Ustaz Haji Sadini bin Haji Sujak (penceramah jemputan)


10.00 – 10.30 mlm
Minum malam


10.30 mlm
Tidur

26/10/17
3.30 – 4.00 pagi
Mandi

(Jumaat)
4.00 – 6.00 pagi
Qiamulaillail – Solat sunat tahajjut, tasbih, taubat, dan hajat
·         Baju Melayu /Baju kurung
·         Tudung biasa
·         Kasut sekolah / ’sandle’

6.00 – 7.00 pagi
Solat Subuh dan Tazkirah

7.00 – 7.30 pagi
Sarapan pagi

7.30 – 8.00 pagi
Mengemas beg dan dorm

8.00 pagi
Bersurai









Penutupan Rasmi Program HELP Tuisyen 2017



25 Oktober 2017: Penutupan rasmi Program Hal Ehwal Luar Bandar & Perumahan (HELP) Tuisyen 2017 anjuran Sport & Recreation Community Club (SRCC) Pontian disempurnakan oleh Sdr Mohd Helmi bin Hj Buang, Presiden SRCC Parlimen Pontian @ Ketua Pemuda UMNO Pontian.

Program ini mensasarkan pelajar sekolah menengah seperti mengadakan bengkel dan ceramah motivasi. Semoga program ini mencapai misi dan matlamat dengan menjayakan bersama dengan warga SMK Benut.
Keratan Akhbar Sinar Harian 28 Oktober 2017











Tuesday, October 24, 2017

Pemantauan & Bimbingan PAK-21 Oleh Pegawai JPNJ


22 Oktober 2017: SMKB sekali lagi dilawati oleh 2 orang pegawai JPNJ berkaitan Pembelajaran Abad Ke-21. Kali ini pemantauan dan bimbingan bersama En. Hairul Nizam Bin Ramlan (Mentor TIMSS dan PISA, Sektor Pengurusan Akademik) dan Pn. Ungku Khairul Azelina Binti Ungku Musa (Penolong Pengarah Sains, Sektor Pengurusan Akademik).

Semoga dengan bimbingan yang diberi akan dapat memantapkan lagi pengurusan ke arah PdPc PAK-21 yang lebih baik. "SMKB We Are The Best".

Friday, October 13, 2017

Program Peningkatan Ilmu dan Sahsiah Murid Asli SPM Daerah Pontian 2017

12 Oktober 2017: Seramai 34 murid telah mengikuti Program Peningkatan Ilmu dan Sahsiah Murid Asli SPM Daerah Pontian 2017 yang telah dijalankan di Asrama Asli SMKB. Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam (10 - 12 Oktober 2017) telah diisi dengan berbagai aktiviti. 

Dalam ucapan Penutupan rasmi oleh Senator Datuk Isa Bin Abd. Hamid, beliau mengingatkan agar murid-murid asli dapat mengubah kehidupan ke arah yang lebih, oleh itu belajarlah dan berusahalah agar kesemuanya akan memperoleh kejayaan yang cemerlang.
























Hari Sukan Negara SMKB 2017

12 Oktober 2017: Sambutan Hari Sukan Negara telah diistiharkan pada setiap Sabtu minggu ke-dua bulan oktober. Walau bagaimanapun di peringkat sekolah aktiviti ini dijalankan pada 12 Oktober 2017 iaitu hari khamis.

Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah menjadikan rakyat Malaysia sebagai sebuah "Negara Bersukan".

Antara   objektif   diadakan  Hari  Sukan  Negara:
  1. Menerapkan   budaya   sukan   dikalangan    murid   dan  semua  warga   SMKB
  2. Memupuk  semangat  perpaduan
  3. Meningkatkan  pengetahuan  sukan

Monday, October 9, 2017

Semoga Berjaya Semua Calon PT3 Tahun 2017

9 Oktober 2017: Seramai 181 calon PT3 memulakan hari pertama peperiksaan pada hari ini. Sebelum dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan guru bertugas telah menyemak kehadiran dan kelengkapan peperiksaan.

Untuk hari pertama ini, semua calon diminta masuk ke dewan peperiksaan lebih awal bagi menerima beberapa arahan peraturan sepanjang peperiksaan berlangsung.

Semoga kesemua calon PT3 SMKB akan memperoleh kejayaan yang cemerlang. "SMKB We Are The Best"