Friday, October 13, 2017

Hari Sukan Negara SMKB 2017

12 Oktober 2017: Sambutan Hari Sukan Negara telah diistiharkan pada setiap Sabtu minggu ke-dua bulan oktober. Walau bagaimanapun di peringkat sekolah aktiviti ini dijalankan pada 12 Oktober 2017 iaitu hari khamis.

Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah menjadikan rakyat Malaysia sebagai sebuah "Negara Bersukan".

Antara   objektif   diadakan  Hari  Sukan  Negara:
  1. Menerapkan   budaya   sukan   dikalangan    murid   dan  semua  warga   SMKB
  2. Memupuk  semangat  perpaduan
  3. Meningkatkan  pengetahuan  sukan

No comments: