4 Januari 2010 – Warga SMK Benut mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar. Perhimpunan rasmi diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut. Semoga semua pelajar menanamkan azam dan tekad apabila bermulanya persekolahan pada hari ini dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu dan seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang kepada diri, ibu bapa, guru-guru dan sekolah khasnya daripada pelajar yang akan menduduki PMR, SPM dan STPM tahun ini.
Monday, January 11, 2010
Sunday, January 3, 2010
Selamat Mendaftar
1 Januari 2010 – Seramai lebih kurang 245 orang pelajar baru Tingkatan Satu mula mendaftar pada hari ini di Dewan Baiduri, SMK Benut. Begitu juga dengan para pelajar Tingkatan Dua, Tiga, Empat, Lima dan Pra U. Pelajar hadir bersama ibu bapa / penjaga. Pembayaran yuran dan pembelian buku tulis juga pada hari ini. Hal ini memudahkan urusan persekolahan yang akan bermula pada hari Isnin, 4 Januari 2010 nanti.
![]() | |
Wednesday, December 30, 2009
Perutusan Pengetua Dalam Buku Panduan Guru Tahun 2010
Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya kita dapat meneruskan tugas dan melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai pendidik di samping meningkatkan kecemerlangan SMK Benut bagi tahun 2010. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SMK Benut yang telah berusaha keras pada tahun 2009 bagi mencapai visi ‘Sekolah Gemilang 2009’. Walaupun banyak yang belum tercapai tetapi pengalaman kita yang lepas boleh dijadikan panduan untuk mencapai kegemilangan pada tahun 2010.
Tahun 2010 pastinya lebih mencabar. Visi Sekolah ‘Sekolah Unggul Menjana Generasi Gemilang’ mempunyai tafsiran yang luas dan lebih mencabar. Sekolah Unggul bererti sekolah yang mempunyai kekuatan dan perwatakan tersendiri yang cemerlang. Kecemerlangan itu pula mesti meliputi pelbagai aspek. Oleh itu, dengan bermulanya tahun 2010 kita mesti menambah beberapa lagi kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah, pengurusan, kewangan, fizikal dan persekitaran di samping mengekalkan beberapa kecemerlangan yang telah terserlah seperti kejayaan dalam seni visual dan beberapa acara sukan permainan yang berjaya hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan.
Bagi tahun 2010, banyak tugas yang perlu kita sama-sama sempurnakan. Pemilihan SMK Benut dalam pelaksanaan ‘Standard Pengurusan Sekolah Kualiti’ (SPSK) menuntut semua guru memahami dan melaksanakan sepenuhnya aspek-aspek kurikulum yang perlu diurus berdasarkan standard kualiti yang telah ditetapkan. Pemilihan SMK Benut sebagai perintis bag projek menaiktaraf Tingkatan 6 kepada Pra-U memerlukan idea, kebijaksanaan dan kerjasama untuk mengubah budaya Tingkatan 6 yang sedia ada kepada budaya pembelajaran ala universiti dan juga pendekatan yang boleh digunakan untuk menarik minat pelajar-pelajar lepasan SPM untuk menjadikan Pra-U pilihan utama sebagai tempat menyambung pelajaran sebelum ke universiti.
Pelakasanaan SMTAG dan SMLAM memerlukan guru menyedia dan mengemaskini modul yang lengkap untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 2010. Diharap modul ini akan dapat meningkatkan prestasi akademik sekolah ini. Dalam penilaian kendiri sekolah (SKPM), model yang diperkenalkan oleh Jemaah Nazir, kemenjadian sekolah ini dalam akademik agak rendah. Pencapaian dalam PMR dan penghasilan pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam masih rendah. Kita perlu mencapai PMR sekurang-kurangnya 65% seperti standard yang ditetapkan dalam ‘SPSK’ atau peningkatan sebanyak 3% setiap tahun dalam peperiksaan awam. Hal inilah cabaran yang menanti kita dalam bidang akademik.
Dalam bidang pengurusan pelajar, kita masih perlu mengurangkan kadar ponteng sekolah yang masih tinggi bagi sesetengah tingkatan. Sekarang ini, lebih 10 pelajar terpaksa dibuang sekolah kerana kadar ponteng yang teruk. Diharapkan juga tahun 2010 tiada kes salah laku berat di sekolah ini. Di samping segala peraturan sekolah dapat dipatuhi oleh para pelajar, penekanan terhadap semua guru adalah guru disiplin sangat dituntut. Satu lagi tugas yang berat untuk tahun 2010 ialah usaha untuk memenuhkan asrama SMK Benut dengan kapasiti 120 pelajar dan mencapai standard penilaian pengurusan asrama pada tahap melebihi 80% agar standing dengan pengurusan asrama sekolah-sekolah lain.
Semua cabaran yang telah dinyatakan tidak mustahil untuk dicapai dengan syarat semua warga SMK Benut bersama-sama menggembeling tenaga sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama, mempunyai komitmen 100% dan intergriti yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab, memahami dan menghayati visi dan misi sekolah, bantu-membantu antara satu sama lain disamping mematuhi Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Panduan Tugasan ini adalah diharapkan dapat menjadi pedoman dalam beberapa aspek pengurusan, mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan dan peraturan sekolah. Diharapkan juga tugasan kepada para guru yang disusun menepati kebolehan dan kepakaran setiap guru dan kakitangan sekolah agar tugas yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan berkesan, seterusnya mendapat hasil yang cemerlang dan membina sekolah yang unggul.
Sekian, terima kasih.
ENCIK HASNAN BIN JAFFAR
PENGETUA
SMK BENUT, PONTIAN,
JOHOR.
Thursday, December 24, 2009
Tahniah Para Pelajar PMR 2009
24 Disember 2009 – Warga SMK Benut merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada para pelajar Tingkatan 3 / 2009 yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2009.
Keputusan rasmi pencapaian PMR telah diketahui dan telah diambil oleh para pelajar bermula pukul 10.30 pagi. Seramai 5 orang pelajar telah berjaya mendapat 8A, 5 orang pelajar 7A1B dan 3 orang pelajar mendapat 6A2B. Peratus lulus keseluruhan pelajar sebanyak 68.47% dengan GPS – 2.74% dari 199 orang pelajar yang mengambilnya. Terima kasih juga kepada guru-guru SMK Benut yang mendidik dan mencurahkan ilmu kepada pelajar sehingga kejayaan ini dicapai.
Berikut senarai nama pelajar yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang.
PENCAPAIAN PMR 8A | |
Bil | Nama Pelajar |
1. | MOHD AZWAN MOHD ISMAIL |
2. | MUHAMAD ANUAR BIN MASNAN |
3. | ANIS ZAFIQA BINTI ABDULLAH |
4. | KHAIRUNNISA BINTI IBRAHIM |
5. | NUR ‘ ADNIN SYAZA BINTI ABD WAHAB |
PENCAPAIAN PMR 7A 1B | |
Bil | Nama Pelajar |
1. | CHUA JING ZHE |
2. | PUTERI NURHALIS BINTI HARMAINI |
3. | ZAINUR ATIKA BINTI IBRAHIM |
4. | ZUHAILA BINTI BACHOK |
5. | NURHIDAYAH BINTI ELIAS |
PENCAPAIAN PMR 6A 2B | |
Bil | Nama Pelajar |
1. | MUHAMMAD AZAMUDDIN BIN SARIMAN |
2. | MUHAMMAD RIDZWAN BIN JOHARI |
3. | LEA HUI SHAN |
Wednesday, November 25, 2009
Salam Aidiladha 1430H
Warga SMK Benut mengucapkan,
Salam dihulur tanda kemaafan,
Saling memaafi lumrah insan,
Salam lebaran untuk semua,
Moga Aidiladha kita bermakna..
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga SMK Benut & umat Islam di serata dunia. Semoga ceria selalu.
Saling memaafi lumrah insan,
Salam lebaran untuk semua,
Moga Aidiladha kita bermakna..
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga SMK Benut & umat Islam di serata dunia. Semoga ceria selalu.
Friday, November 20, 2009
Selamat Bercuti Warga SMK Benut
20 November 2009 - “SELAMAT BERCUTI” diucapkan kepada semua Staf dan pelajar SMK Benut yang bermula cuti persekolahan pada hari ini. Diucapkan juga sentiasa gembira, menjaga kesihatan selalu dan memastikan tugas-tugas yang diamanahkan diselesaikan sebelum bermulanya persekolahan bermula pada Isnin, 4 Januari 2010.
Kami Warga SMK Benut juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang akan melangsungkan majlis perkhawinan pada cuti persekolahan ini, iaitu Cik Siti Aminah Binti Awang Teh dengan pasangannya Encik Sepawi Bin Husin (Ahad, 29 November 2009), Cik Suhailina Binti Mohd Ikhwan dengan pasangannya Encik Ahmad Edzuan Bin Shafie (Sabtu, 5 Disember 2009), dan Cik Siti Rohani binti Hj Hassan Basari dengan pasangannya Ahmad Ashraf Bin Hj Abdul Aziz (Ahad, 13 Disember 2009).
Kami mengucapkan ‘Selamat Pengantin Baru, kekal dan bahagia selamanya dan didoakan semoga majlis istimewa tersebut berjalan dengan meriah dan sempurna seperti yang dirancang.
Tahniah SMK Benut
20 November 2009 – Warga SMK Benut mengucapkan tahniah kepada Panitia Pendidikan Seni Visual SMK Benut dan para pelajar yang terlibat kerana berjaya memenangi tempat KELIMA dalam Pertandingan Mural antara Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan 2008/2009 dengan menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala dan sijil penghargaan.
Pertandingan ini merupakan satu projek Tanggungjawab Sosial Korporat PLUS Expressways Berhad dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia . Sebanyak 50 buah sekolah menengah di seluruh Semenanjung Malaysia telah terpilih untuk menyertai pertandingan ini di mana pemilihan sekolah-sekolah tersebut adalah berdasarkan esei tentang isu keselamatan yang dihantar oleh setiap sekolah sebelum itu.
SMK Benut telah terpilih antara 50 sekolah tersebut, dan telah menerima cat serta kelengkapan menghasilkan mural berjumlah RM2,000 dan diberi tempoh selama 3 bulan untuk menyiapkan mural bertemakan “Selamat Di Jalan”.



























