Saturday, January 19, 2013

DITUNDA!

Sukan sekolah 2013 membuka tirainya dengan acara tahunan merentas desa antara rumah sukan. Segala persiapan telah dibuat termasuklah persiapan fizikal setiap ahli rumah sukan yang akan bertanding dengan diiringi semangat kesukanan dan dorongan motivasi oleh guru-guru penasihat rumah sukan.

Walaubagaimanapun..acara merentas desa terpaksa ditunda akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan telah turun walaupun tidak terlalu lebat tetapi tidah berhenti memaksa jawatankuasa unit sukan berbincang dengan tuan pengetua dan telah mendapat kata putus untuk menangguhkan acara rentas desa. Acara akan dipinda pada hari petang Isnin bersamaan 20 Jan 2013. Semoga acara merentas desa dapat diadakan pada hari berkenaan.







Friday, January 18, 2013

LDP Bil. 1

Pada 12 Januari 2013 yang lepas telah diadakan satu program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bil 1 di SMK Benut. Tajuk yang dibincangkan adalah berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Taklimat program telah disampaikan oleh En. Esa bin Dasim. Taklimat ini adalah bertujuan memberikan maklumat terkini tentang PBS kepada guru-guru terutamanya guru yang mengajar tingkatan 1 dan tingkatan 2.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.


(Sumber dari: btpnperak.moe.edu.my)



Klik disini untuk pautan ke sistem PBS

Wednesday, January 16, 2013

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BULANAN PERTAMA

Setiap bulan pada minggu yang ke 3 hari Rabu akan diadakan perhimpunan rasmi Kokurikulum. Perhimpunan akan di aturcarakan oleh stiap unit beruniform mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada perhimpunan pertama ini, unit uniform JPAM telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan perhimpunan tersebut.














Saturday, January 12, 2013

TAKLIMAT DISIPLIN

Taklimat disiplin telah diberikan pada minggu kedua persekolahan. Taklimat telah disampaikan oleh En Ismail bin Ali daripada unit disiplin sekolah. Taklimat awal diberikan bagi memberi teguran dan amaran serta peringatan tentang peraturan sekolah yang perlu dipatuhi agar pelajar tahu dan sedar akan undang-undang yang telah ditetapkan. Taklimat menyentuh tentang tatatertib pemakaian, rambut,kebersihan dan kekemasan serta peraturan dan kesalahan-kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman disiplin contohnye buli,pergaduhan,ugutan dan sebagainya.








Thursday, January 10, 2013

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS

SMK Benut telah mendapat 2 orang guru ganti. Mereka telah menggantikan guru yang sedang cuti bersalin. Semoga dapat menjalankn tanggungjawab yang diberikan dengan jayanya.



Mohd Fikri



Nur Syazwani binti Abd Hamid
UITM Bandar Melaka
BAC.Degree (Finance)


Tuesday, January 8, 2013

SUKAN SEKOLAH KEMBALI

Kesibukan sesi persekolahan telah mula dirasai dengan dimulakan oleh aktivti-aktiviti sukan sekolah iaitu merentas desa. Pada hari ini 8 Januari semua rumah sukan telah sibuk mengadakan Mesyuarat Agung Rumah Sukan untuk melantik ketua rumah sukan dan AJK dan dibantu oleh guru pembimbing dalam menjayakan sukan sekolah.










Monday, January 7, 2013

Tahniah Pelajar PMR 2012

7 Januari 2013 - Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar Tingkatan 3 yang cemerlang dalam PMR 2012.

Seramai 7 pelajar telah mendapat cemerlang 8A. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar berkenaan










Anugerah telah disampaikan oleh Encik Mastura Aladdin bin Masro (Pengetua SMK Benut).