Friday, January 18, 2013

LDP Bil. 1

Pada 12 Januari 2013 yang lepas telah diadakan satu program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bil 1 di SMK Benut. Tajuk yang dibincangkan adalah berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Taklimat program telah disampaikan oleh En. Esa bin Dasim. Taklimat ini adalah bertujuan memberikan maklumat terkini tentang PBS kepada guru-guru terutamanya guru yang mengajar tingkatan 1 dan tingkatan 2.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.


(Sumber dari: btpnperak.moe.edu.my)



Klik disini untuk pautan ke sistem PBS

No comments: