Monday, October 12, 2015

Hari Sukan Negara
Smk Benut


10 Oktober 2015 (Sabtu) : lebih 1000 orang pelajar, guru dan kakitangan Smk Benut telah menyertai acara senam robik sempena sambutan Hari Sukan Negara di Tapak Perhimpunan Smk Benut. Aktiviti ini adalah bagi menyahut cabaran kerajaan supaya menjadikan sukan sebagai amalan hidup seharian semua rakyat. Objektif aktiviti ini adalah untuk menggalakkan warga Smk Benut supaya mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas sekali gus dapat menghindari daripada pelbagai jenis penyakit bersesuaian dengan konsep Hari Sukan Negara untuk mentransformasikan bersukan sebagai satu budaya dan cara hidup rakyat Malaysia.
 
    Bersempena dengan Hari Sukan Negara kelmarin, Smk Benut telah mengadakan aktiviti 1000 langkah iaitu aktiviti berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Selain dari aktiviti berjalan kaki, terdapat juga aktiviti Permainan Tradisional seperti Galang Panjang, Baling Tin dan Baling Selipar bagi pelajar-pelajar Smk Benut yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 4 sahaja.  Setiap aktiviti permainan tradisional terbahagi kepada dua kategori sahaja iaitu kategori lelaki dan perempuan sahaja untuk setiap tingkatan.

Bagi kategori Baling Tin (P) Johan dimenangi oleh Tingkatan 4 Ibnu Khaldun dan Naib Johan 4 Ibnu Sina. Manakala Kategori Baling Tin (L) Johan dimenangi oleh 4 Al Farabi dan Naib Johan oleh 4 Al Khindi. Bagi Kategori Galah Panjang (P) Johan dimenangi oleh Tingkatan 1 Ibnu Khaldun dan Naib Johan dimenangi oleh 1 Al Khindi. Manakala Kategori Galah Panjang (L) Johan disandang oleh Tingkatan 1 Khaldun dan Naib Johan disandang oleh 1 Al Farabi. Seterusnya pemenang bagi kategori Baling Selipar (L) Johan dimenangi oleh Tingkatan 2 Al Farabi dan Naib Johan Dimenangi oleh Tingakatan 2 Ibnu Rusyd. Manakala bagi kategori  Baling Selipar (P) Johan dimenangi oleh Tingkatan 2 Ibnu Sina dan Naib Johan dimenangi oleh 2 Ibnu Khaldun. 

    Semoga apa yang digarapkan oleh kerajaan membentuk sebuah masyarakat yang berbudaya sukan dan menikmati kehidupan secara sihat dan cerdas  menjadi realiti. Secara tidak langsung negara dapat melahirkan jaguh-jaguh sukan yang hebat sebagai penganti jaguh sukan yang sedia ada pada masa kini. We Are The Best.

















Sunday, October 11, 2015

Sambutan Jubli Emas

Smk Benut

50 Tahun

siri 3
(Program Berbasikal Rimup Jubli Emas Smk Benut, Pertandingan Memasak, Karnival Bola Sepak, Seminar Kecemerlangan, Jamuan Makan Malam Alumni)

03 Oktober 2015 (Sabtu) : Bagi menggalakkan para pelajar aktif dan cerdas di dalam bidang sukan Smk benut telah mengadakan program berbasikal. Program telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Zulkifli b. Hj. Rusad (Peguam Syarie dan aktivis masyarakat). Pengembaraan berbasikal tersebut dimulakan dari Dewan Baduri ke Pusat Rekreasi Tampok Laut dan pulang semula ke Smk Benut. selain itu, majlis juga telah mengadakan bengkel penjagaan basikal dan pemanduan berhemah serta bengkel membaiki basikal oleh tenaga pakar iaitu Tuan Hj. Zulkifli. Acara lain yang sedang berlangsung ialah acara bola keranjang di gelanggan bola keranjang Smk Benut, Pertandingan memasak, dan karnival bola sepak antara tingkatan.

    Pada sesi petang pula telah diadakan seminar kecemerlangan "Kecemerlangan Milik Kita" bersama Biro Pendidikan Parlimen Pontian (Motivator: Afwan Affendi) yang dirasmikan oleh YB datuk ahmad b. Hj. Maslan iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Acara yang terus berlangsung adalah jualan amal baju-baju terpakai, photobooth, dan karnival sukan mini.

    Pada Malam kemuncak Sambutan Majlis jubli Emas telah diadakan jamuan makan malam Alumni Smk Benut yang dirasmikan oleh Exco YB Datuk Ir. Hj. Hasni bin Hj. Mohammad (ADUN Benut)- Exco Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Seramai lebih 100 orang Alumni Smk Benut bekas pelajar, guru-guru, dan pengetua Smk Benut telah menghadiri Majlis tersebut. Terima kasih diucapkan.

 
 

 
 
 
 
 
 
 

 
 


 







 








 

Saturday, October 10, 2015

Sambutan Jubli Emas

Smk Benut

50 Tahun

Siri 2
(Peraduan Mewarna dan Azan Bawah 4 Tahun dan Bawah 6 Tahun, Bengkel Petaque)

02 Oktober 2015 (Jumaat) :  Sebuah Pertandingan Mewarna peringkat kanak-kanak telah diadakan dan pertandingan azan peringkat tadika. Objektif pertandingan ini adalah untuk menggalakkan penglibatan kanak-kanak di dalam menyertai pertandingan bagi membentuk keyakinan diri dan bersaing secara sihat. Turut mengundang juga pelajar-pelajar kelas Tadika, KEMAS, PASTI dan Ketegori Sekolah Menengah (Tingkatan 1&2 Smk Benut).

     Sambutan ini juga dimeriahkan  lagi dengan mengadakan Bengkel Petaque Jubli Emas Smk Benut terbuka. Penyertaan Bengkel tersebut telah disertai oleh sekolah-sekolah negeri Johor.