Sunday, March 11, 2007

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Benut

PENDAHULUAN

Semenjak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Benut ditubuhkan pada 8 April 1974 sehingga sekarang persatuan ini telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang ada kaitan dengan matlamat penubuhannya iaitu membantu pihak sekolah dalam mewujudkan alam persekolahan yang selesa bagi membolehkan pelajar melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan untuk mencapai pertumbuhan dan perkembangan dari segi rohani, akhlak, mental dan fizikal yang kental.

Fungsi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Benut ialah menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan seperti yang di bawah ini :

  1. Membantu dalam memajukan perkembangan dan menjaga kebajikan pelajar.
  2. Menambah sumber kewangan sekolah bagi meningkatkan kemudahan dan prestasi pasarana di sekolah.
  3. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat.
  4. Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.


SENARAI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENUT 2005-2006

Ex-Officio : Tuan Haji Hashim Bin Mohd Dom

Yang DiPertua : Encik Azman Bin Jaffar

Naib Yang DiPertua : Encik Aros Bin Ibrahim

Setiausaha : Encik Mosman Bin Parkan

Penolong Setiausaha : Cik Salawati Binti Athan

Bendahari : Encik Abdul Razak Bin Nasiran

Ahli-Ahli Jawatankuasa :

Biro Pendidikan : Encik Aw Koh Sai

Biro Kewangan : Encik Abdul Razak Bin Nasiran

Biro Kebajikan dan Sosial : Encik Khamis Bin Haji Ahmad

Biro Disiplin : Encik Aros Bin Ibrahim

Biro Ekonomi : Encik Lukman Bin Haji Muhammad

Biro Sukan dan Kebudayaan : Encik Daud Bin Ab Rahman

Biro Hal Ehwal Wanita : Puan Hajah Musirah Binti Mostajab

Biro Penerangan : Tuan Haji Jamaludin Bin Selamat dan Encik Abd Rahman Bin Laberahima

Pemeriksa Kira-Kira : Encik Moffar Bin Jikan dan Encik Ismail Bin Ahmad


Penyata Laporan Tahunan Kegiatan Tahunan Perkhidmatan Tahunan 2005/2006 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian, Johor.

Di sepanjang perkhidmatan sesi 2005/2006, PIBG telah bergerak menerusi biro-bironya, iaitu


BIRO PENDIDIKAN

1. Kelas Tambahan sebelah petang bagi pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas.

2. Kelas Bimbingan dan pemulihan cuti Penggal

3. Kelas Tambahan Intensif atau Kelas Kecemerlangan sebelah petang dan hari Sabtu

4. Kelas Tambahan Klinikal

5. Kelas Hikmah anjuran Yayasan Pelajaran Johor

6. Kelas Tambahan Al-Fallah

7. Kelas Ibnu Sina Yayasan Pelajaran Johor

8. Ceramah Teknik Menjawab Soalan-soalan Peperiksaan PMR, SPM, dan STPM

9. Ceramah Motivasi Ibu Bapa

10. Ceramah Motivasi pelajar-pelajar Tingkatan Lima Sains, peluang melanjutkan pelajaran ke universiti

11. Seminar Petua Cemerlang Peperiksaan PMR

12. Kursus Kepimpinan

13. Gerak Gempur mata pelajaran PMR dan SPM

14. Kem Bahasa

15. Hari Terbuka

16. Hari Penyampaian Hadiah Kecemerlangan

17. Hari Mesyuarat Agung PIBG

18. Kegiatan-Kegiatan Agama dan Pendidikan Moral

19. Program Menganggur Berdikari

20. Sambutan Maulidur Rasul

21. Sembahyang Hajat bagi para pelajar Islam PMR, SPM dan STPM

22. Kem Motivasi Pendidikan Moral

23. Lawatan Pendidikan Moral ke rumah-rumah kebajikan


BIRO KEWANGAN


1. Menjalankan aktiviti derma iklan Majalah Segar.

2. Pungutan sumbangan derma PIBG dan majalah dalam kalangan pelajar secara giat.

3. Memohon peruntukan daripada pihak-pihak tertentu untuk projek keceriaan sekolah.

4. Menjual T-Shirt.

5. Mengadakan Majlis Amal dan Kebudayaan.


BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL

1. Membantu pelajar membayar yuran peperiksaan.

2. Membantu pelajar miskin yang betul-betul memerlukan kewangan.

3. Bersama-sama menjayakan Majlis Hari Guru Kebangsaan, Hari Kemuncak Kokurikulum.

4. Menziarahi para pelajar yang sakit, kematian ibu bapa dan yang ditimpa kemalangan.


BIRO DISIPLIN DAN PENERANGAN

1. Penerangan melalui bahan cetak tentang pelbagai maklumat SMK Benut.

2. Mengenal pasti masalah-masalah disiplin dan memanggil ibu bapa atau penjaga.

3. Mesyuarat pentadbir sekolah dengan JKKK di peringkat mukim.

4. Membincangkan masalah salah laku pelajar dijadikan agenda tetap Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa

5. Menubuhkan satu jawatankuasa kecil khas untuk tujuan ini. Antara fungsi jawatankuasa ini ialah :
  • Mengkaji perancangan dan strategi pihak sekolah yang sedia ada bagi menangani masalah salah laku pelajar.
  • Menyediakan pelan tindakan yang selari dengan perancangan sekolah.
  • Mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya salah laku di sekolah ini.

No comments: