Wednesday, July 2, 2008

Festival Sains & Teknologi 2008


18 JUN 2008,Festival Sains dan Teknologi peringkat Daerah Pontian telah diadakan di SMK Benut, Pontian dan SMK Sri Tanjung. Pelbagai acara telah diadakan iaitu perlumbaan kereta solar, pertandingan roket, ‘cooking with nature’ dan pembentangan topik sains. Penyertaan SMK Benut dalam pertandingan tersebut telah mendapat kejayaan cemerlang.

Bagi pertandingan Pembentangan Topik mendapat pasukan SMK Benut telah memperolehi Johan. Pesertanya terdiri daripada ~ Nur Raihan Binti Anuar, Iklil Nabihah Binti Abu Bakar dan Nur Hidayah Binti Ahmad. Guru Pembimbing ~ Pn. Hadijah Binti Hj. Misran dan Pn. Normaslina Binti Samaond.

Bagi pertandingan Kereta Solar, pasukan SMK Benut yang diwakili oleh Mohd Nabil Fikhrie Bin Md Rapee dan Siti Shamsiah Binti Saleh dengan bimbingan Cik Noormawati Binti Mohd Rasif dan Cik Siti Salyena Binti Pungot telah berjaya mendapat
Johan dalam pertandingan tersebut.

Seterusnya, bagi pertandingan Teknologi Pelancar Roket, pasukan SMK Benut yang diwakili oleh Mohd Hafifi Hafizat Bin Mazlan dan Mohd Fahmi Bin Abdullah dengan bimbingan Puan Faridah Binti Tahir dan Cik Rohaida Binti Ghani telah berjaya memperolehi Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

Bagi pertandingan ‘Portable Cooking With Nature’, pasukan SMK Benut yang diwakili oleh Muhammad Danial Hishamudin Bin Isa dan Muhammad Wafiq Bin Anuar dengan bimbingan Encik Mohd Nor Firdaus Bin Ngamar telah berjaya mendapat tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut.

No comments: