Saturday, January 17, 2009

Keputusan Rasmi Merentas Desa SMK Benut


17 Januari 2009
~ Program Larian Merentas Desa 2009 yang melibatkan semua pelajar SMK Benut diadakan bertujuan untuk memperkembangkan potensi setiap pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dalam pembentukan insan yang seimbang, harmonis dan berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Program ini telah dimulakan pada pukul 9.30 pagi selepas para pelajar mengikuti kelas seperti biasa pada waktu pertama hingga waktu ketiga. Hari ini merupakan kelas ganti sempena menyambut Tahun Baru Cina. Para pelajar lelaki yang terdiri dari kategori A, B dan C telah dilepaskan oleh Puan Hajah Rohani Binti Abd Manaf (Guru Penolong Kanan Pentadbir) manakala kategori Perempuan A, B dan C dilepaskan oleh Tuan Haji Abd Razak Bin Nasiran (Guru Penolong Kanan Kokurikulum).

Kategori Lelaki memerlukan tamat larian sejauh 8.8 km manakala kategori Perempuan sejauh 6.8 km. Para pemenang menerima sijil penyertaan dan piala.

Warga SMK Benut mengucapkan terima kasih atas kerjasama Pasukan Polis Pekan Benut dan Pusat Kesihatan Benut atas kerjasama yang diberikan. Tahniah kepada para pemenang yang telah berjaya mengharumkan nama rumah sukan dan untuk diri sendiri.

Rumah Panglima mendapat mata keseluruhan iaitu 388 mata. Encik Arbaen Bin Hanaffi selaku Ketua Guru Penasihat Rumah Panglima merasa terharu, bangga pencapaian cemerlang ahli rumah Panglima dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli rumah dan guru penasihat yang banyak memberikan kerjasama serta dorongan sehingga berjaya mencapai tempat pertama keseluruhan bagi acara Merentas Desa.

Tempat kedua dimenangi rumah Temenggong dengan mata 326, Laksamana dengan mata 307 dan Bendahara dengan mata 284. Ketua-ketua Guru Penasihat Rumah Temenggong (Encik Mohamad Akmal Bin Khalid), Laksamana (Encik Abd Khalil Bin Mohd Masri) dan Bendahara (Encik Mohd Nor Firdaus Bin Ngamar) akan terus bersaing untuk mencapai tempat terbaik dalam acara Sukantara dan Kejohanan Sukan SMK Benut kali ke-34. Kejayaan tersebut tentunya ditujukan khas kepada ahli-ahli rumah sukan.

Berikut keputusan rasmi para pemenang acara Merentas Desa 2009 :

KATEGORI ~ LELAKI A

KEDUDUKAN

NAMA PESERTA

RUMAH

PERTAMA

CHERNG KIAN SIN

BENDAHARA

KEDUA

LOKMAN BIN ABDUL

PANGLIMA

KETIGA

BOBY HARIATO BIN SUTIJO

LAKSAMANA

KATEGORI ~ LELAKI B

KEDUDUKAN

NAMA PESERTA

RUMAH

PERTAMA

MOHD HARIS BIN ZAHID

BENDAHARA

KEDUA

SAMSUL BAHRI

TEMENGGONG

KETIGA

ONG BOON HUAT

PANGLIMA

KATEGORI ~ LELAKI C

KEDUDUKAN

NAMA PESERTA

RUMAH

PERTAMA

KOH JUN HENG

LAKSAMANA

KEDUA

MOHD RAZIN BIN FARHAN

PANGLIMA

KETIGA

MOHD YUNOS BIN KAMAL

LAKSAMANA

KATEGORI ~ PEREMPUAN A

KEDUDUKAN

NAMA PESERTA

RUMAH

PERTAMA

NURUL HAZIQAH BT SAWALUDIN

TEMENGGONG

KEDUA

NURUL HAZIRAH BT SAWALUDIN

BENDAHARA

KETIGA

SITI AIDA BT AHMAD

TEMENGGONG

KATEGORI ~ PEREMPUAN B

KEDUDUKAN

NAMA PESERTA

RUMAH

PERTAMA

SITI NORSUHAILA BT HAMZAH

LAKSAMANA

KEDUA

NOOR NADIAH BT MOHD YUSOF

TEMENGGONG

KETIGA

KHADIJAH BT MOHD SAMURI

TEMENGGONG

KATEGORI ~ PEREMPUAN C

KEDUDUKAN

NAMA PESERTA

RUMAH

PERTAMA

NORSHAFIKA AMIRA

TEMENGGONG

KEDUA

FATIN SYAZWANI

LAKSAMANA

KETIGA

AINUL ZAKIAH

PANGLIMA


MATA KESELURUHAN RUMAH

RUMAH

MATA

PANGLIMA

388

TEMENGGONG

326

LAKSAMANA

307

BENDAHARA

284


mrentas1.jpg

mrentas2.jpg

mrentas3.jpg

mrentas4.jpg

mrentas5.jpg

mrentas6.jpg

mrentas7.jpg


mrentas8.jpg

mrentas9.jpg

mrentas10.jpg

mrentas11.jpg

mrentas12.jpg

mrentas13.jpg

mrentas14.jpg



No comments: