Monday, January 19, 2009

Pelancaran Operasi Datang Lewat Ke Sekolah 2009


19 Januari 2009 - Pelancaran Operasi Datang Lewat Ke Sekolah telah dilancarkan oleh Tuan Pengetua, Encik Hasnan Bin Jaffar semasa perhimpunan pagi pada hari ini. Beliau meminta semua pelajar hadir lebih awal ke sekolah sebelum 7.15 pagi dan bermula pada hari esok peraturan ini perlu dipatuhi bagi mengelakkan para pelajar dicatat namanya dan seterusnya menerima tindakan disiplin yang telah ditetapkan dalam program ini. Seterusnya, beliau berharap adanya program ini dapat mendisiplinkan pelajar dan seterusnya untuk mencapai Visi SMK Benut Gemilang Tahun 2009 akan tercapai. Insyaallah.

Sebelum itu, Puan Asiah Binti Abdul Aziz (Setiausaha Program Operasi Datang Lewat Ke Sekolah) menjelaskan matlamat program ini diberi penekanan supaya masalah datang lewat dapat diatasi di samping menghindari pelbagai masalah disiplin. Program ini juga dirancang untuk membentuk budaya cemerlang dan menjana prestasi pelajar yang gemilang dalam bidang sahsiah, akademik dan kokurikulum.

Seterusnya, objektif program ini dilaksanakan kepada para pelajar SMK Benut bagi membanteras gejala datang lewat ke sekolah, menyedarkan pelajar supaya mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan walau di mana-mana sahaja mereka berada, menyemai sikap menghargai masa, dan membentuk budaya sekolah yang cemerlang dan melahirkan pelajar yang berdisiplin.

Warga SMK Benut menyeru para pelajar supaya mematuhi peraturan ini supaya disiplin sifar datang lewat dapat dilaksanakan.


Pn Asiah Abdul Aziz (Guru Kaunselor).jpg


En Hasnan Jaffar (Pengetua SMKB).jpg



Banner operasi datang lewat.jpg



Rasmi 1.jpg


pljr smkb 1.jpg


Rasmi 2.jpg



pljr smkb 2.jpg



pljr smkb 3.jpg




No comments: