Sunday, March 8, 2009

Mesyuarat Agung PIBG, SMKB 2009


7 Mac 2009 – Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SMK Benut telah diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut. Lebih 500 orang ibu bapa dan guru telah menghadiri mesyuarat tersebut yang dimulakan pada 9.00 pagi.


Tuan Haji Abd Rahman Bin Juli, Ketua Sektor Pengurusan Khidmat dan Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Johor Bahru telah sudi merasmikan mesyuarat PIBG tersebut.


Mesyuarat PIBG ini juga telah melantik Jawatankuasa 2009-2010 yang baru. Mesyuarat telah sebulat suara melantik Encik Aros Bin Ibrahim sebagai Yang DiPertua PIBG yang baru manakala Encik Zulkifli Bin Tumbi sebagai Naib Yang DiPertua. Seramai 6 orang dilantik Ahli Jawatankuasa dalam kalangan ibu bapa iaitu Encik Lukman Bin Haji Muhammad, Encik Mahmod Bin Abdul Samad, Encik Abdul Rahim Bin Laberahima, Encik Chua dan Puan Farizah. Manakala 6 orang lagi dalam kalangan guru akan dilantik oleh pihak pentadbir SMK Benut dan akan diumumkan kemudian.


Warga SMK Benut merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang telah hadir dan tahniah kepada Jawatankuasa PIBG 2009-2010 yang dilantik dan selamat menjalankan tanggungjawab bagi kecemerlangan para pelajar SMK Benut. Insyaallah.



070320093632.jpg



070320093639.jpg


070320093642.jpg



070320093643.jpg



070320093644.jpg



070320093646.jpg


070320093647.jpg



070320093648.jpg


070320093651.jpg



070320093653.jpg


070320093656.jpg



070320093671.jpg



No comments: