Tuesday, March 10, 2009

Anugerah Pelajar Cemerlang STPM Negeri Johor Kategori Aliran Sastera



10 Mac 2009 - Warga SMK Benut merakamkan syabas kepada pelajar Siti Hajar Binti Ismail atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan STPM 2008 dan seterusnya berjaya dianugerahkan pelajar Terbaik STPM Negeri Johor.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Sufa'at Bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru.

Beliau telah berjaya mendapat 4 Prinsipal iaitu semua A dalam empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Pengajian AM, Sejarah dan Kesusasteraan Melayu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, guru-guru dan rakan-rakan yang banyak membantunya dalam pelajaran. Diharap cita-cita beliau ingin menjadi Juruterbang pada suatu hari nanti menjadi kenyataan. Beliau sentiasa bersedia dalam mengulangkaji pelajaran dengan menyediakan waktu belajar yang padat serta memastikan jadual pelajarannya diikuti yang merupakan petua dalam kejayaan beliau.

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan mengharapkan para pelajar lain mencontohi kecemerlangan beliau.


Banner Siti Hajar.jpg


Sijil Anugerah.jpg



Gambar Bersama Pengarah JPN.JPG




No comments: