Monday, April 6, 2009

Pelancaran Penghayatan Bulan Bahasa


6 April 2009
– Pelancaran Bulan Penghayatan Bahasa sepanjang Bulan April dan Mei telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut) pada perhimpunan pagi hari ini.

Program ini dikelolakan oleh Panitia Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Matlamat program ini bagi melahirkan pelajar yang berktrampilan dan dapat menguasai kemahiran mendengar, bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu serta mengembangkan bakat pelajar dalam pelbagai bidang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat Pendidikan Negara.


Pelbagai program dan aktiviti telah dirancang antaranya program citra bahasa, pertandingan sahiba, kuiz komsas, ulasan buku, teka silang kata, pertandingan deklamasi sajak, kem bahasa Melayu, pidato dan syarahan serta kembara bahasa (explore race).


Diharap para pelajar mengikuti semua pertandingan yang dianjurkan.



pelancaran 2.jpg



pelancaran 1.jpg



pidato bi.jpg



deklamasi sajak.jpg



No comments: