Monday, April 13, 2009

Pelancaran Ponteng Kelas dan Salah Laku Pelajar


13 April 2009 – Pelancaran Ponteng Kelas dan Salah Laku Pelajar telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua SMK Benut) pada perhimpunan pagi hari ini.


Puan Hajah Andi Audrayanah Binti Haji Md Noor (GPK HEM, SMK Benut) menyatakan objektif program ini antaranya menangani masalah gejala sosial supaya sifar disiplin di SMK Benut, melaksanakan perancangan awal masalah ponteng kelas dan salah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran serta pemulihan menangani salah laku pelajar di dalam kelas. Pelbagai strategi telah disusun bagi mencapai matlamat program ini, iaitu memastikan buku kehadiran pelajar dalam kelas sentiasa dipatuhi penggunaannya oleh guru dan wakil pelajar, memaklumkan segera salah laku pelajar melalui musyawarah bersama ibu bapa dan wakil PIBG dan memberikan kaunseling kepada pelajar tersebut.


Tuan Pengetua turut menasihatkan agar pelajar dapat mematuhi segala peraturan yang pihak sekolah laksanakan supaya proses pengajaran dan pembelajaran di kelas berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Beliau telah sudi melancarkan buku kehadiran pelajar dan menyampaikannya kepada wakil pelajar setiap tingkatan.




No comments: