Tuesday, August 10, 2010

Tahniah MPPU baru SMK Benut Sesi 2010/2011


10 Ogos 2010
– Tahniah kepada Saudara Mohamad Taufiq bin Mohd Shah (Pra U9) yang berjaya dilantik Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti (MPPU) SMK Benut bagi sesi 2010/2011. Sebanyak 61% undi yang telah dimenanginya daripada 4 orang calon yang bertanding.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang mengundi dan mengharapkan kerjasama semua ahli MPPU untuk melaksanakan segala aktiviti dan program yang dirancang dan seterusnya mengharapkan kecemerlangan SMK Benut. Beliau berjanji akan melaksanakan segala manifesto sealiran dengan hasrat dan matlamat SMK Benut terutamanya Pra Universiti.

Terima kasih juga kepada Saudara Muhamad Asyraf bin Hishamuddin dan ahli jawatankuasa MPPU sesi 2009/2010 yang berjaya dengan cemerlang menerajui kepimpinan dan pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan.

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas.




Teks Ucapan Yang di-Pertua MPPU SMK Benut Sesi 2010/2011





No comments: