Saturday, April 9, 2011

Hari Terbuka Sesi 1



8 April 2011 – Hari Terbuka Sesi 1 telah berjaya diadakan pada hari ini bermula jam 7.30 pagi. Majlis dimulakan di Dewan Baiduri, SMK Benut dengan para ibu bapa dan pelajar tingkatan 3, 5 dan Pra Universiti mengikuti motivasi yang disampaikan oleh Tuan Haji Abd. Halek Bin A Rahman (Pak Anjang) dari Wowcoaching Consultant, Johor Bahru.

Sebelum itu, Puan Hajah Rohani binti Ab. Manaf (Pemangku Pengetua, SMK Benut) telah menyampaikan ucapan berkenaan pencapaian keseluruhan Penilaian Menengah Rendah 2010 dan Sijil Pelajaran Malaysia 2010. Seterusnya, beliau turut menjelaskan program-program yang akan dilaksanakan dan diteruskan bagi peningkatan kecemerlangan akademik pada tahun ini. Beliau turut mengharapkan kerjasama dan pandangan daripada ibu bapa dalam peningkatan akademik pelajar.

Perjumpaan ibu bapa dan penjaga bersama guru mata pelajaran serta guru tingkatan diteruskan bagi membincangkan pencapaian headcount dan sasaran akademik bagi peperiksaan PMR, SPM, STPM dan peperiksaan akhir tahun 2011.

Warga SMK Benut merakamkan terima kasih kepada ibu bapa penjaga serta Pak Anjang yang hadir pada hari ini. Semoga kerjasama seperti ini diteruskan demi kecemerlangan akademik SMK Benut.





























No comments: