Thursday, April 14, 2011

Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian Tahun 2011



14 April 2011 – Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian Tahun 2011 telah berjaya diadakan di SMK Benut selama dua hari yang bermula pada 12 April 2011 dan berakhir pada 13 April 2011. SMK Benut telah diberi tanggungjawab oleh Jawatankuasa Panitia Bahasa Daerah Pontian untuk mengelolakan pertandingan ini.

Pesta Pantun ini diadakan dengan objektif untuk memupuk cara pemikiran bersusila dan menanamkan rasa kecintaan terhadap budaya berpantun. Selain itu, mencungkil bakat-bakat muda dalam kalangan pelajar sekolah serta mengekalkan tradisi warisan budaya Melayu terutama puisi tradisional.

Sebanyak 9 buah sekolah menengah daripada 14 buah sekolah menengah di daerah Pontian telah menyertai pertandingan ini, iaitu SMK Benut, SMK Sri Tanjung, SMK Ayer Baloi, SMK Kayu Ara Pasong, SMK Telok Kerang, SMK Sri Kukup, SMK Pekan Nanas, dan SMA (Arab) An Nur. Sebanyak 4 pusingan para peserta pantun perlu lalui dengan tema yang telah ditetapkan oleh pihak pengelola, iaitu tema menghormati ibu bapa (pusingan pertama), tema bebas (pusingan kedua), tema membaca (pusingan ketiga) dan tema bebas (pusingan tambahan bagi pemantun keempat).

Majlis Perasmian Penutupan Pesta Pantun telah dirasmikan oleh Encik Abdul Ghani bin Jaafar (Penyelia Kokurikulum, PPD Pontian) mewakili Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian. Turut hadir pada majlis tersebut Encik Abdul Rahman (GPK HEM, SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman) mewakili Pengerusi Jawatankuasa Panitia Bahasa Daerah Pontian. Turut sama pada majlis tersebut Puan Hajah Rohani Binti Ab. Manaf (Pemangku Pengetua, SMK Benut), Encik Mohd Esa Bin Dasim (Guru Penolong Kanan HEM, SMK Benut) dan Puan Afidah Binti Salleh (Guru Kanan Bahasa, SMK Benut). Para tetamu jemputan telah dapat mengikuti pertandingan akhir Pesta Pantun yang diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut. Pasukan yang berjaya ke peringkat akhir, iaitu SMK Seri Kukup dan SMK Seri Tanjung.

Keputusan rasmi pertandingan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian Tahun 2011 seperti berikut :

SMK SRI KUKUP
JOHAN
SMK SRI TANJUNG
NAIB JOHAN
SMK KAYU ARA PASONG
KETIGA
SMK PEKAN NANAS
KEEMPAT

Pemantun Terbaik telah dinobatkan kepada AMIR ZAKIY BIN HAMZAH (SMK Sri Kukup).

Warga SMK Benut mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Pesta Pantun ini. 
































No comments: