Wednesday, August 3, 2011

Kemuncak Hari Kokurikulum serta Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform dan Majlis Pelantikan Pengawas Sesi 2011 / 2012



29 Julai 2011 – Kemuncak Hari Kokurikulum serta Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform dan Majlis Pelantikan Pengawas Sesi 2011 / 2012 telah berjaya dirasmikan oleh Tuan Haji Misran Bin Nasir (Mantan Pengarah Unit Pelaburan Asing, Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dan Alumni SMK Benut).

Program yang dilaksanakan selama 3 hari dengan objektif mempertingkatkan jumlah pelajar yang menjadi ilmuan yang cekap, kreatif dan mampun menghadapi cabaran. Seterusnya, mempertingkatkan nilai dan cara hidup dengan bersikap positif, bersemangat serta mempunyai imej sahsiah dan akhlak yang mulia dalam kalangan pelajar. Akhir sekali, sentiasa meningkatkan budaya penyayang dan bekerjasama dalam kehidupan warga SMK Benut dan masyarakat.

Pelbagai aktiviti yang diadakan, iaitu pameran buku, pameran kesihatan, pameran polis, kawad basah oleh Kadet Bomba, pertandingan melukis, pertandingan nasyid, persembahan ghazal, ceramah palestin, dan persembahan live band. Pelbagai gerai telah disediakan dengan penglibatan pelajar serta orang persendirian yang menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan lain-lain. Turut dibuka pusat hiburan dan permainan yang dikendalikan oleh para pelajar seperti rumah hantu, karoeke, permainan kecil, silap mata dan panggung wayang.

Sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran ramai orang awam yang turut sama menjayakan program ini. Urusniaga menggunakan kupon dilaksanakan dengan teratur dan mendapat kerjasama daripada pihak peniaga.

Warga SMK Benut terutama jawatankuasa program merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. 






No comments: