Monday, August 22, 2011

Majlis Mengenang Jasa dan Perpisahan Puan Hajah Rohani binti Ab. Manaf



12 Ogos – Majlis Mengenang Jasa dan Perpisahan Puan Hajah Rohani binti Ab. Manaf yang dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Taman Tun Aminah. Majlis yang ringkas tetapi penuh bermakna telah diadakan di perhimpunan pagi khas pada hari ini.

Sebelum itu, ucapan Saudara Ariffin Bin Misran sebagai wakil pelajar turut mengucapkan tahniah dan terima kasih. Seterusnya, Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut) turut menyampaikan ucapan.

Puan Hajah Rohani Binti Ab. Manaf telah diberikan penghormatan untuk mengucapkan buat kali terakhir kepada para pelajar pada majlis ini. Beliau memohon maaf jika terdapat kesalahan tutur kata dan sebagainya sepanjang beliau menjadi Guru Penolong Kanan Satu dan Pemangku Pengetua. Beliau turut mengharapkan pelajar STPM, SPM dan PMR beroleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan pada tahun ini.

Majlis penyampaian cenderahati daripada para pelajar SMK Benut turut diadakan sebagai tanda terima kasih dan selamat tinggal kepada beliau. Beliau turut menyumbangkan 4 buah kipas khas untuk digunakan di Dewan Baiduri.

Sejarah Perkhidmatan beliau sepanjang berada di SMK Benut. Beliau berkhidmat di SMK Benut selama 16 tahun, iaitu dari tahun 1987 hingga ke tahun 2003 sebagai pendidik dan juga memegang jawatan sebagai Ketua Bidang Sains dan Matematik di SMK Benut.

Beliau telah dinaikkan pangkat pada tahun 2004 hingga 2005 sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan juga sebagai Guru Penolong Kanan Satu di SMK Parit Betak selama 2 tahun.

Kemudian beliau bertukar semula ke SMK Benut dan berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan Satu di sekolah ini bermula tahun 2006 hinggalah sekarang. Beliau seterusnya menjawat sebagai Pemangku Pengetua selama 4 bulan setengah di SMK Benut.

Tahniah, kini beliau dilantik sebagai Pengetua di SMK Taman Tun Aminah, Johor Bahru bermula tugas rasmi pada hari Isnin, 15 Ogos 2011.

Kami warga SMK Benut mengucapkan selamat bertugas dan berkhidmat dengan cemerlang di tempat yang baharu. Terima kasih segalanya.

















No comments: