Sunday, January 15, 2012

Merentas Desa SMK Benut 2012


14 Januari 2012 – Acara Sukan Merentas Desa SMK Benut 2012 antara Rumah Sukan telah berjaya diadakan pada hari ini bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari.

Sebanyak empat rumah sukan, iaitu Laksamana, Temenggong, Bendahara dan Panglima telah bersedia sejak awal pagi lagi untuk menjayakan acara ini. Sepanjang 7 km para peserta yang terdiri dari kategori Lelaki A, B, dan C manakala kategori Perempuan A, B, dan C telah menjayakan acara ini mengikut laluan yang telah ditetapkan oleh Unit Sukan SMK Benut. Antaranya, Taman Sri Mahkota, Sepah Beruang, Parit Sayang, dan Parit Lapis Sayang.

Pelepasan larian peserta bagi setiap kategori telah dilaksanakan oleh Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut). Majlis penyampaian penghargaan kepada para peserta yang berjaya turut disempurnakan oleh Encik Zulnuraini Bin Hj Zohdi (PK Kokurikulum), Encik Selamat Bin Haji Mon (PK Pentadbiran) selain daripada Encik  Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut).

Pihak pengelola pertandingan Merentas Desa merakamkan tahniah kepada para peserta yang berjaya dan mereka secara tidak langsung akan mewakili pihak sekolah dalam acara ini bagi peringkat Daerah nanti. Berikut keputusan rasmi markah keseluruhan mengikut rumah dalam acara ini.

KATEGORI
TEMENGGONG
PANGLIMA
BENDAHARA
LAKSAMANA
LELAKI A
32
49
32
52
LELAKI B
72
37
30
21
LELAKI C
44
34
36
35
PEREMPUAN A
20
46
73
22
PEREMPUAN B
68
43
28
20
PEREMPUAN C
57
65
21
17
JUMLAH
293
274
220
167
KEPUTUSAN
JOHAN
NAIB JOHAN
KETIGA
KEEMPAT





























No comments: