Friday, January 13, 2012

Minggu Orientasi Penghuni Asrama (Asli) SMK Benut 2012



13 Januari 2012 – Program Orientasi Penghuni Asrama (Asli) SMK Benut 2012 sekali lagi diadakan setiap bermulanya sesi persekolahan. Program ini dikelolakan sepenuhnya oleh pihak Pengurusan Asrama SMK Benut yang bermula pada hari ini dan diteruskan sehingga pada hari Ahad, 15 Januari 2012.

Program ini diadakan bermatlamat memberikan penjelasan peraturan dan disiplin yang perlu dipatuhi oleh semua penghuni asrama. Di samping itu, sesi suai kenal antara penghuni bersama-sama Warden Asrama. Seramai 34 orang penghuni lelaki manakala seramai 38 orang penghuni perempuan yang telah mendaftar secara rasmi pada hari Selasa, 3 Januari 2012 sebagai penghuni asrama. Mereka turut diperkenalkan dengan warden perempuan yang baru, iaitu Puan Suriani Binti Suhaimi manakala warden lelaki masih dikekalkan, iaitu Encik Mohd Fairol Hisham Bin Md Hassan.

Puan Hajah Azizah Binti Omar (Penolong Kanan HEM) telah memberikan penjelasan kepada semua penghuni asrama, iaitu berkaitan prosedur dan peraturan semasa berada di asrama. Beliau mengharapkan penghuni asrama mematuhi segala peraturan yang telah dijelaskan. Program ini juga turut mendapat kerjasama daripada Kaunselor SMK Benut, iaitu Puan Hajah Noryani Binti Nandar.

Pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan, antaranya sukaneka, aktiviti kumpulan dan ceramah motivasi. Diharap program dan aktiviti yang dilaksanakan dapat memberikan input dan dipraktikkan oleh semua penghuni asrama. 














No comments: