Tuesday, February 14, 2012

Syabas Pasukan Petanq SMK Benut



11 Februari 2012 – Warga SMK Benut mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Pasukan Petanque  SMK Benut kerana telah berjaya mendapat JOHAN KESELURUHAN Pertandingan Petanque Angkasa Kategori Koperasi Sekolah Peringkat Daerah Pontian. Selain itu, turut memenangi JOHAN bagi kategori Pasukan Lelaki dan Pasukan Perempuan. Pertandingan ini telah diadakan bertempat di gelanggang petanque SMK Benut yang turut menjadi pengelola pertandingan ini.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh wakil rasmi Tuan PPD Pontian, iaitu Encik Roslan Bin Marjan (Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan) pada jam 9.00 pagi di Sanggar Permata, SMK Benut. Turut hadir di majlis ini, Encik Abdul Ghani Bin Jaafar (Penyelia Kokurikulum PPD Pontian) serta Encik Mastura Aladdin Bin Masro (Pengetua, SMK Benut).

Walau bagaimanapun, Tuan Haji Msduki Bin Haji Shahri (Pegawai Pelajaran Daerah Pontian) turut hadir pada jam 11.45 pagi dan meluangkan masa bersama-sama menyaksikan pertandingan ini.
Berikut keputusan rasmi pertandingan tersebut :

NAMA PEMAIN
KEPUTUSAN
MOHD SYAFIEE BIN MOHD ALI                               (4IR)
MOHD AMINUDDIN BIN BAHTIAR AFFANDIN        (4IS)
MOHD HAZIQ BIN SERUAN                                     (2IS)
JOHAN
INTAN NORAMALINA BINTI JAMALUDDIN           (5IR)
AINA ATIKAH BINTI AIRUL ASNI                            (3RK)
SYAFIQAH BT. BACHOK                                         (3IR)
JOHAN

Penyampaian hadiah (medal) kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohani Binti Ab. Manaf (Pengetua, SMK Taman Tun Aminah, Johor Bahru) dan Tuan Haji Seruan Bin Osman (Guru Besar, SK Seri Al-Ulum, Pontian)

















No comments: