Monday, January 21, 2013

MERENTAS HUJAN MEREDAH DESA

Seperti lirik lagu pun ada tajuk pada kali ini. Tapi itulah yang berlaku pada hari gantian sukan merentas desa sekolah yang bermula agak indah namun pada akhir larian hampir sebahagian pelajar kuyup dihujani semasa merentas desa bak kata pepatah disangkakan cerah sampai ke petang tetapi hujan ditengahari.

Walaupun begitu acara dapat diteruskan sehingga ke penghujung.  Pelajar-pelajar tampak lebih bersemangat ketika hujan turun.masing-masing bertungkus lumus mengerah keringat untuk menamatkan larian mereka seterusnya menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam acara rentas desa sekolah

Tuan pengetua En Mastura Aladdin bin Masro telah menjadi pelepas pada acara merentas desa pada edisi kali ini

MAJULAH SUKAN UNTUK SMK BENUT


Antara picisan-picisan yang menarik semasa acara berlangsung.


































No comments: