Thursday, January 1, 2015

INTIPATI MESYUARAT GURU BIL1/2015


29 DIS- Mesyuarat Guru kali pertama sesi 2015 telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Assyafie. Initipati mesyuarat bertumpu kepada pesanan, nasihat serta arahan perlaksanaan bagi memasuki sesi persekolahan baru 2015. Berikut merupakan intisari  mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Pengetua SMK Benut, En. Mastura Aladdin bin Masro:
  1. Kehadiran dalam semua mesyuarat hendaklah menepati waktu. Hal ini demikian,  guru adalah cerminan sekolah, pentadbiran dan  murid. Selain itu arahan-arahan perkhidmatan seperti etika pemakaian guru hendaklah dipatuhi. Pemakaian baju bagi guru-guru pada hari Ahad adalah baju batik, pada hari Rabu baju unit beruniform dan pada hari Khamis, baju Melayu. Pada hari Isnin dan Selasa, guru lelaki memakai baju kemeja. Untuk pelajar pula, hari Ahad semua pelajar memakai pakaian rasmi sekolah, (tidak boleh memakai baju pendidikan Jasmani), pada hari Rabu memakai pakaian unit beruniform dan pada hari Khamis digalakkan memakai baju Melayu. Pelajar tidak dibenarkan memakai baju pendidikan jasmani jika tidak ada mata pelajaran tersebut pada hari itu.
  2. Senarai Tugasan Guru seperti dalam Buku Pengurusan 2015. Senarai Pemberatan Tugas Guru 2015 telah disiapkan dan  ada pada setiap pentadbir sekolah dan diguna pakai dalam pertimbangan E-Prestasi(PBPPP) guru-guru. Rutin tugas hendaklah ditambah baik terutama pendaftran pada hari pendaftaran pelajair-pelajar dan hari pertama persekolahan
  3. Dua orang guru yang terlibat secara langsung dengan banjir iaitu En. Fairol Hisham dan Pn. Normaini, didoakan agar tabah dalam menghadapi dugaan. Sehubungan itu seperti dalam kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tarikh buka sekolah ditangguhkan seminggu iaitu pada 11 Januari 2015. namun begitu, jika ada keperluan dipanggil bertugas pada waktu itu, guru perlu akur. Hari pendaftaran pelajar tidak berubah iaitu pada 1 Januari 2015. Sumbangan untuk mangsa banjir juga dilancarkan dan kutipan sebanyak RM1332.00 telah berjaya dikutip. Team Misi Mangsa Banjir juga dilancarkan dan beberapa orang guru SMK Benut akan ke Kelantan untuk menjalankan Misi Banjir ini.
  4. Keputusan PT3 tahun 2014 merupakan TOV bagi tahun 2015 dan keputusan ini adalah realiti pencapaian pelajar SMK Benut. Setiausaha PT3 dan guru-guru terlibat dalam PT3 perlu menyediakan bahan untuk membentangkan dalam Dialog Prestasi dalam masa terdekat. Ini kerana Tuan Pengetua perlu membentangkannya pula pada peringkat PPD dan kemungkinan dalam Dialog Prestasi Peringkat PPD Pontian, akan dihadiri oleh Tuan  Pengarah Pelajaran Johor
  5. Pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 tidak dibenarkan membawa motorsikal ke sekolah dan pelajar 4, 5 dan 6 perlu mempunyai lesen memandu dan memakai halmet  jika mahu membawa motorsikal ke sekolah. Pelajar tidak lagi dibenarkan meletakkan motorsikal di kawasan lapangan Petanque di tepi bangunan Sanggar Kokurikulum, sebaliknya di tempat asal iaitu di tepi pagar pintu utama sekolah.
  6. Guru-guru perlu tahu dan menguasai program dan dasar-dasar kerajaan yang terbaharu seperti PPPM, KBAT, I-Think, Pembelajaran Abad ke-21, SPS, E-Prestasi(PBPPP), SPSK, SPKM dan banyak lagi dan pegawai-pegawai seperti Nazir, pegawai daripada JPN, Pegawai PPD, pegawai SIC+, pegawai SIC Partner, akan memberikan tumpuan tentang aspek ini jika berkunjung ke sekolah.
  7. Guru juga perlu tahu Hala tuju Pengarah Pendidikan Johor dan bahannya ada dalam blog SMK Benut. Blog sekolah perlu menjadi bahan rujukan semua guru SMK Benut.
  8. Semua guru perlu mempunyai  wassap dan Telegram kerana kedua-duanya merupakan medium untuk menyampaikan maklumat dari "Atas ke Bawah" dan dari "Bawah ke Atas". Selain itu penggunaan Frog VLE perlu dilaksanakan dengan terancang (pencapaian penggunaan lebih 70%) dan penggunaan E- Rekod Mengajar boleh digunakan dan guru-guru tingkatan 6 boleh menjadi "pemulanya"
  9. Mesyuarat pengurusan Kurikulum, HEM, dan Kokurikulum akan diadakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan dalam Buku Pengurusan 2015.
  10. Pengetua mengharapkan agar semua perancangan yang telah dibuat akan berjalan lancar dengan komitmen dan kerjasama semua guru.


No comments: