Wednesday, July 20, 2016

KEJOHANAN SOFBOL KATEGORI BAWAH 18 TAHUN (MSSD) PONTIAN 
2016

18& 19 JULAI 2016: Tahniah diucapkan kepada barisan urusetia yang terdiri daripada 12 orang pelajar dan guru dari SMK Benut di dalam menjayakan Kejohanan Sofbol Kategori Bawah 18 Tahun (MSSD) Pontian. Kejohanan telah berlangsung selama 2 hari di SMK Ayer Baloi dan telah disertai oleh sekolah-sekolah daerah Pontian. Johan (perempuan) dimenangi oleh SMK Kayu Ara Pasong dan Johan (Lelaki) dimenangi oleh SMK Ayer Baloi, manakala Naib Johan (perempuan) pula dimenangi oleh SMK Ayer Baloi dan Naib Johan (lelaki) dimenangi SMK Tan Sri  Osman Mohd Saat, Tempat Ke-3 (perempuan) dimenangi oleh SMK Tan Sri Osman Mohd Saat dan Tempat Ke-3(lelaki)dimenangi oleh SMK Sri Perhentian. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang menyertai kejohanan ini.

No comments: