Wednesday, November 21, 2018

Majlis Jamuan Akhir Tahun 2018 SMK Benut


Pada hari Ahad , 18 November 2018 – KEBIRU SMK Benut telah berjaya mengadakan majlis jamuan akhir tahun Peringkat Sekolah SMK Benut. Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan sokongan SMK Benut. Majlis ini juga  turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran staf kebersihan SMKB yang diadakan di Sanggar Kokurikulum, SMK Benut.

Majlis ini bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust.Mohd Fauzi bin Mohd Amin. Majlis disambung dengan aktiviti jamuan makan oleh semua yang hadir pada hari tersebut. Kemudian, majlis disambung dengan ucapan Tuan Pengetua, En Zulfidy bin Hj Monel. Dalam ucapannya, tuan pengetua merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas segala usaha dan kerjasama dari guru, dan staf SMK Benut. Beliau mengharapkan agar ukhwah yang dibina akan kekal sepanjang hayat. Majlis kemudian disambung pula dengan ucapan daripada Pengerusi Kelab Bilik Guru (KEBIRU), En Mohd Arbain bin Sapuan. En Mohd Arbain selaku tuan rumah pada hari itu, mengucapkan ucapan terima kasih atas segala kerjasama selama 2 tahun beliau dan pasukannya menerajui KEBIRU. Beliau juga mengambil kesempatan memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang KEBIRU sesi 2017/2018 menjalankan tugas.

Semua warga SMK Benut kelihatan gembira menikmati pelbagai juadah dan kuih-muih yang disediakan. Majlis disambung dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada semua guru dan staf SMK Benut.

Semoga sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan. Diharap majlis ini dapat mengeratkan hubungan seluruh warga SMK Benut.

Berikut ialah gambar-gambar sepanjang sambutan tersebut :




















No comments: