Sunday, August 16, 2015

PELANCARAN BULAN PENGHAYATAN
KAJIAN KEMASYARAKATAN
&
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-58


16 Ogos 2015 (Ahad) :  "Malaysia: Sehati Sejiwa" adalah tema hari kebangsaan 2015 yang ke-58.   Pelancaran bulan penghayatan ini telah dipersembahkan dengan gimik pembukaan pelancaran yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan enam atas dan di akhiri dengan penyerahan utusan perasmian kepada  En. Mastura Aladdin bin Masro, Pengetua Smk Benut. Deklamasi Sajak daripada pelajar tingkata empat juga menjadi sebahagian daripada persembahan pelancaran bulan penghayatan ini. 

MATLAMAT
Meningkatan semangat patriotisme, setia negara dan cinta akan negara dalam kalangan pelajar.

OBJEKTIF
>Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat nasionalisme dan jati diri yang tinggi.
>Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
>Memupuk perasaan bangga dan hormat terhadap lambang negara "Jalur Gemilang".
>Melahirkan ras kesyukuran, hidup dalam negara merdeka.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
Gambar selanjutnya klik disini

Bersempena pelancaran bulan penghayatan kajian kemasyarakatan berserta sambutan bulan kemerdekaan, Smk Benut akan mengadakan beberapa aktiviti kepada pelajar sepanjang bulan penghayatan ini. Para pelajar dengan sukacitanya dialu-alukan untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan. Antara aktiviti yang akan di adakan adalah:

PANITIA GEOGRAFI
-pertandingan kitar semula mengikut kelas

PANITIA SEJARAH
-Pertandingan Hiasan Kelas Merdeka Raya
-Pertandingan Melukis Logo Kemerdekaan
-Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan (Men Atas)
-Pertandingan Bola Sepak
-Pertandingan Pengkisahan Tokoh (men Rendah)
-Persiapan KOMBET (ting. 2 & 4)
-Pertandingan Kuiz Sejarah (Ting. 4)
-Kain Rendang Kemerdekaan

PANITIA SIVIK & KEWARGANEGARAAN
-Pertandingan Penanda Buku kemerdekaan

PANITIA TASAWWUR & PENDIDIKAN ISLAM
-Pertandingan Azan
-Pertandingan Khat
-Pertandingan Kuiz

 BENGKEL PENGUKUHAN
 MATAPELAJARAN : (900/3) PENGAJIAN AM  STPM
DAERAH PONTIAN
2015

15 Ogos 2015 (Sabtu) :  Sebuah bengkel anjuran Jawatankuasa Daerah Pontian (JKD) dalam matapelajaran Pengajian Am peringkat STPM telah diadakan di SMK Benut. Bengkel telah berlangsung dari jam 8:30 pagi - 1:00 tengahari. Seramai lebih 300 orang pelajar telah menyertai bengkel tersebut yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan enam daerah Pontian antaranya adalah SMK Benut, SMK Seri Kukup, SMK Seri Bandar Pontian dan SMK Yunos Sulaiman. 

Penceramah jemputan bagi menjayakan bengkel tersebut adalah Tn. Hj. Md Lasa bin Yahya iaitu Panel Penggubal Sukatan Sistem Pentaksiran Baharu STPM. Beliau adalah seorang yang sangat berpengalaman di dalam matapelajaran pengajian am ini. Antara Slot-slot yang dibincangkan oleh beliau sepanjang bengkel tersebut adalah teknik menjawab soalan Bahagian B dan Bahagian C Pengajian Am (900/3). 

Banyak yang dapat dipelajari oleh pelajar dan para guru sepanjang bengkel tersebut. Semoga apa yang diperolehi pada hari ini dapat memberikan manfat yang berguna kepada para pelajar dan dapat diaplikasikan di masa peperiksaan akan datang. Tahniah di ucapkan kepada semua pelajar dan mereka yang terlibat di dalam menjayakan bengkel ini.








 







Saturday, August 15, 2015

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
PERINGKAT SEKOLAH
2015

13 Ogos 2015 (Khamis) : Smk Benut telah menganjurkan sebuah jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah pada 28 Syawal yang lalu. Antara program yang di adakan sepanjang sambutan tersebut adalah Marhaban daripada kumpulan guru-guru ke setiap tingkatkan. Sambutan telah dijayakan oleh semua warga SMK Benut. Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara para guru dan pelajar-pelajar Smk Benut. Semoga program yang dijayakan ini dapat mengeratkan lagi kemesraan antara warga Smk Benut. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015


10 Ogos 2015 (Ahad) : "Sultan dan rakyat berpisah tiada" itulah unggapkan yang dapat digambarkkan mengenai keperibadian D.Y.M.M Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan yang DiPertuan Bagi Negeri Johor Darul Ta’zim.

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015 pada tahun ini bertemakan “MUAFAKAT BANGSA JOHOR” .  Pengembaraan KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015 akan menjelajah di setiap pelusuk bandar dan kampung di seluruh negeri Johor dengan perjalanan sejauh melebihi 850 km; selama 4 hari / 3 malam untuk bertemu rakyat jelata.
D.Y.M.M Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan ahli rombangan Kembara Mahkota Johor 2015, menemui rakyat jelata di Benut. Para pelajar SMK Benut turut meraikan ketibaan D.Y.M.M Sultan Ibrahim Sultan Iskandar apabila baginda melalui Simpang Pt. Panjang, Pontian menuju ke Taman Rekreasi Tampok Laut, Pontian.  Para Pelajar menyambut ketibaan baginda dengan bendera negeri johor di sepanjang laluan kembara mahkota antara lampu isyarat pekan benut ke Dataran Dato' Jalok, Benut, Pontian. kegembiraan para pelajar dapat dilihat Baginda Sultan tiba di perkarangan Dataran Dato' Jalok sambil mengibarkan Bendera Johor dan bersalaman dengan Baginda Sultan. Allah Perliharakan Tuanku....... 












lihat gambar seterusnya  klik disini


Tuesday, August 4, 2015

Tema Hari Kemerdekaan 2015 Malaysia, Sehati Sejiwa

Logo Hari Kemerdekaan 2015


Tema Hari Kemerdekaan 2015 Malaysia,  Sehati Sejiwa
Maksud tema ini?

Melambangkan perpaduan antara Sabah, Sarawak dan Semenangjung, walaupun terpisah diantara laut china selatan gitu kita adalah satu negara yang sentiasa memerlukan diantara satu sama lain. Sehati sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.
Sehati dan sejiwa pada perpaduan diantara kaum dan bangsa di negara kita malaysia yang unik tersendiri. Dimata dunia, kita diibarat satu malaysia yang bersatu menentang perkauman yang melampaui batas. 
#sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. Sehati dan sejiwa pada perpaduan di antara kaum dan bangsa di negara kita Malaysia yang unik tersendiri. 
 

Monday, August 3, 2015

Marhaban Aidil Fitri Anjuran KEBIRU SMK Benut 2015

1 Ogos 2015: Marhaban kumpulan Guru dan Kakitangan SMK Benut telah menziarahi beberapa rumah sempena Hari Raya Aidil Fitri. Antara rumah yang disinggah ialah rumah Tuan Pengetua, Pn. Jumaliah, Pn. Norafidah dan En. Ahmad Shamsuddin.

Sebelum ini kumpulan marhaban ini turut menziarahi rumah En. Fadhli, En. Arbain, Pn. Norhayati, En. Abd Rauf dan En. Muhazali.

Antara objektif marhaban ini adalah :
  1. Mengeratkan silaturrahim
  2. Saling mendoakan kebaikan
  3. Saling bermaafan sesama kita
 Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka berbaiklah kamu terhadap saudara kamu 
(Al-Hujurat: 10)  






 

Sunday, August 2, 2015

Peperiksaan Percubaan Bertulis PT3

2 Ogos 2015: Percubaan Bertulis PT3 telah dijalankan di Dewan Baiduri dan Dewan Kecil Blok Mutiara. Kesemua calon telah diberikan taklimat, kelas bimbingan dan pelbagai slot motivasi bagi menghadapi peperiksaan ini dan seterusnya pada peperiksaan sebenar nanti. Semoga semua calon PT3 akan memperoleh kejayaan yang cemerlang.