Saturday, January 9, 2016

Orientasi Asrama Asli SMKB 2016

8 - 9 Januari 2016: Program Orientasi Asrama Asli anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dijalankan dengan jayanya. Berbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 2 hari orientasi tersebut, antaranya taklimat disiplin, kerohanian, LDK, motivasi diri dan gotong royong.


 Antara objektif program pula adalah:
  1. Memberi pendedahan murid baru dengan suasana asrama
  2. Memupuk keyakinan dalam diri pelajar dalam menghadapi kehidupan seharian
  3. Menanamkan semangat berpasukan dan saling membantu
  4. Melahirkan pelajar yang berdedikasi, mempunyai komitmen yang tinggi serta bertanggungjawab sebagai seorang pelajar asrama.


Dalam ucapan penutupan rasmi oleh tuan pengetua, beliau mengharapkan agar semua pelajar asrama mengambil kesempatan yang ada sepanjang berada di asrama untuk menimba ilmu berdikari dan seterusnya menjadi seorang insan yang berdisiplin dan berjaya dalam kehidupan.

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program orientasi ini. SMKB, We Are The Best.




















Monday, January 4, 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Pembelajaran Abad Ke-21

4 Januari 2016: Mesyuarat Jawatankuasa Pembelajaran Ke-21 Bil 1/2016 telah dijalankan di Bilik mesyuarat As-Syafie. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Roby Binti Abd Hamid, GPK Pentadbiran SMKB. Mesyuarat dihadiri oleh semua Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran, Ketua Panitia dan Guru Tingkatan.

Mesyuarat kali ini lebih menumpukan kepada persediaan melengkapkan dari segi fizikal kriteria yang dikehendaki dalam kelas yang menepati PAK-21. Dalam mesyuarat kali ini juga semua ahli mesyuarat bersetuju untuk menjalankan aktiviti gotong royong perdana yang bakal diadakan pada hari sabtu 9 Januari 2016.

Semoga apa yang dirancang akan terlaksana dengan baik dan seterusnya P&P dapat dijalankan dengan sempurna.

Sunday, January 3, 2016

Program Orientasi Tingkatan 1 dan 4 SMKB tahun 2016

3 Januari 2016: Satu program orientasi tingkatan 1 dan 4 telah dijalankan di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling. Bagi murid tingkatan 1 program ini berlangsung sehingga 7 Januari 2016 sementara bagi murid tingkatan 4 pula program akan dijalankan selama 2 hari sahaja.

Objektif program orientasi tingkatan 1:
1. Memberi pendedahan kepada semua pelajar Tingkatan 1 tentang bidang-bidang  
    pembelajaran mereka yang melibatkan kurikulum dan ko-kurikulum.

2. Memberi pendedahan dan menyesuaikan pelajar dengan pembelajaran sekolah menengah.
3. Mengetahui dan mematuhi tatacara disiplin sekolah yang telah ditetapkan.  
4. Melatih murid-murid agar boleh berdikari, yakin diri dan berkemahiran.  
5. Meningkatkan motivasi diri sebagai pelajar.

Objektif program orientasi tingkatan 4:

1. Memberi pendedahan tentang subjek menengah atas.
2. Memperkenalkan kepada pelajar tentang pensijilan terbuka.
3. Memberi pendedahan kerjaya kepada pelajar mengikut minat dan kebolehan mereka. 




 

Senarai Nama Murid Tingkatan 4 Tahun 2016

Sila klik senarai di bawah untuk mendapatkan senarai nama murid tingkatan 4 tahun 2016.

Senarai nama murid tingkatan 4 tahun 2016

Pendaftaran Tingkatan 1 dan Asrama Asli 2016

2 Januari 2016: Pendaftaran murid baru tingkatan 1 telah dijalankan di Dewan Baiduri SMKB. Seramai 121 murid telah hadir bersama ibu, bapa dan penjaga untuk mendaftar anak-anak mereka.

Sebelum proses pendaftaran dilakukan, satu taklimat ringkas telah diberi oleh GPK HEM, En Ariffin Bin Bajuri dengan dikendalikan oleh Pn Asiah Aziz sebagai juruacara.

Dalam taklimat ringkas tersebut, beliau memohon agar ibu, bapa dan penjaga dapat memberikan sokongan serta kerjasama yang padu terhadap program-program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah disamping dapat menyahut sebagaimana anjakan ke-11 dalam PPPM iaitu Pelibatan Ibu bapa & Komuniti (PIBK).

Proses pendaftaran tingkatan 1 berakhir sekitar jam 12.00 tengahari. 

Seterusnya di asrama pula pendaftran turut dijalankan bersama Penyelia dan 2 orang warden. Ibu, bapa dan penjaga memberikan kepercayaan yang penuh terhadap pentadbiran asrama yang telah menghasilkan murid-murid yang boleh ditampilkan kehadapan sama ada dalam akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.


Wednesday, December 30, 2015

Mesyuarat Guru SMKB Bil 1/2016


29-31 Disember 2015: Mesyuarat guru bilangan 1/2016 telah dijalankan di Bilik Mesyuarat As-Syafie dengan dipengerusikan oleh En. Mastura Aladin Bin Masro , pengetua SMKB.

Mesyuarat dihadiri oleh semua guru dan dibahagikan kepada unit-unit:
  • 29 Dis 2015 : Mesyuarat Guru dan Mesyuarat Pengurusan Kurikulum
  • 30 Dis 2015 : Mesyuarat Pengurusan HEM, Guru Tingkatan dan Pendaftran Murid
  • 31 Dis 2015 : Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum, Panitia dan Tingkatan 6




Saturday, December 12, 2015

Senarai Nama Murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 Tahun 2016

Perhatian kepada semua murid tingkatan 2 dan 3 tahun 2016. Sila klik senarai nama di bawah untuk mendapatkan info berkaitan senarai nama terkini setelah dilakukan "streaming class" bagi tahun 2016.


  1. Senarai nama Tingkatan 2 Tahun 2016
  2. Senarai nama Tingkatan 3 Tahun 2016