Thursday, August 28, 2014

"Morning Tea" , Hari Bertemu Pelanggan dan Sambutan Hari Raya



10 Ogos 2014: SMK Benut telah menganjurkan gabungan 3 program iaitu Program "Morning Tea", Program Hari Bertemu Pelanggan dan Program Sarana " Sambutan Aidil Fitri "

Aturcara dimulakan dengan Majlis "Morning Tea". Program ini dijalankan bagi membincangkan anak-anak pelajar cemerlang Tingkatan 3 dan 5. Dalam taklimat yang diberikan kepada ibu bapa dan penjaga, beliau menekankan agar pelajar yang terpilih ini akan terus menunjukkan momentum yang baik dan seterusnya dapat mengharumkan nama baik SMK Benut. Beliau juga memohon agar ibu bapa dan penjaga sentiasa mengawasi perkembangan prestasi anak-anak mereka.

Selesai majlis "Morning Tea" sekitar jam 11.00 pagi ibu bapa dibenarkan untuk mengunjungi kelas bagi membincangkan prestasi akademik anak-anak mereka dan setrusnya menikmati jamuan hari raya.















Sunday, August 24, 2014

Persediaan Menyambut Hari Kebangsaan Ke-57 "Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"



20 Ogos 2014: Pada hari ini ajk Sambuatan Hari Kebangsaan ke-57 dan murid daripada Persatuan Sejarah  telah bersama-sama memasang Jalur Gemilang disepanjang laluan masuk dari pintu utama sekolah. 
Tema hari kebangsaan kali ini "Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta". Diharapkan dengan kibaran Jalur-jalur Gemilang di sekitar sekolah akan dapat menyemarakkan lagi semangat menyambut Hari Kebangsaan dan seterusnya dapat menghayatinya.


Sambutan Hari Raya 2014


14 Ogos :Satu Majlis Sambutan Hari Raya untuk warga SMK Benut telah diadakan Di Dewan Baiduri. Majlis ini juga diadakan bagi maraikan Mantan GPK HEM iaitu Pn.Hjh Azizah Binti Omar yang diarahkan berpindah keSMK Teluk Kerang sebagai pengetua.
Majlis ini dihadiri lebih daripada 200 orang yang terdiri guru dan ahli kelurga SMK Benut.














Wednesday, July 17, 2013