Saturday, July 18, 2009

Berakhirnya Hari Pertama Hari Kokurikulum SMK Benut


17 Julai 2009
– Hari Kokurikulum, Majlis Perlantikan Pengawas Sesi 2009/2010 dan Kursus Kepimpinan ‘Rakan Muda’ Pasukan Beruniform dan Kelab Persatuan telah dirasmikan oleh Encik Mohd Farid Bin Yunus (Pengarah Syarikat Citra Indomas). Program ini diadakan selama dua hari bagi warga SMK Benut iaitu 17 dan 18 Julai. Manakala peserta yang menyertai perkhemahan pula selama 3 hari 2 malam yang mengikuti pelbagai program motivasi dalam mengenal dan membina jati diri.

Pada majlis tersebut, perasmi telah sudi menyampaikan watikah kepada pengawas baru serta menyampaikan beberapa anugerah khas kepada tokoh kokurikulum kepada Mohd Shafarul Akmar Bin Ambok Achol dan Nurul Khalidah Binti Abu Samad; Anugerah Khas Kokurikulum kepada Mohd Shardi Bin Rahim dan Andik Norafilah; Unit Beruniform Terbaik kepada Pasukan Bomba; Kelab Akademik Terbaik kepada Persatuan Pendidikan Seni; Kelab Sukan Terbaik kepada Kelab Petanque dan Kelab Hobi Terbaik kepada Kelab Silat.

Pada majlis tersebut turut diadakan pelbagai aktiviti untuk warga SMK Benut, iaitu antaranya aktiviti permainan (petanque, futsal dan bola keranjang). Selain itu, pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual oleh para pelajar mengikut kelas, persatuan dan unit beruniform.

Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti yang menghiburkan dan menyeramkan turut ada bagi memenuhi kehendak para pelajar SMK Benut seperti rumah hantu, rumah sesat, mengasah bakat dengan karaoke, menguji minda berkaitan sains dan matematik, pameran kejayaan seni visual dan tayangan gambar pelbagai cerita menarik.

Pada program tersebut juga Kerjasama dari Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Pontian turut memberikan peluang pelajar mencuba aktiviti ‘upsailing’ dan ‘repailing’. Selain itu, terdapat juga aktiviti bagi kanak-kanak iaitu pertandingan mewarna dan pakaian anggun.

Semua urus niaga pada hari tersebut menggunakan kupon. Warga SMK Benut mengucapkan syabas dan penghargaan kepada semua yang terlibat kerana program tersebut berjaya diadakan dengan cemerlang.


Gambar Menarik sekitar majlis tersebut :


Gambar Majlis Perasmian

Pelbagai Aktiviti Hari Kokurikulum

Pertandingan Mewarna dan Anggun





Tengok Video Menarik...

No comments: