Wednesday, July 8, 2009

Program ABJZ


7 Julai 2009 - ‘Program Anda Bijak Jauhi Zina’ (ABJZ) anjuran Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut bermula 8.00 pagi sehingga 1.50 petang.


Program ini khusus kepada pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima yang diberikan fokus kepada pelajar dari kelas Al Kindi dan Al Biruni.


Pihak sekolah telah mengundang para penceramah motivasi dari Jamaah Islah Malaysia (JIM Johor). Pelbagai ilmu dan pengetahuan yang berguna telah diberikan kepada pelajar yang menghadiri program tersebut. Pihak sekolah mengharapkan agar para pelajar dapat mengikuti segala ilmu, nasihat dan kesedaran bahayanya gejala sosial dalam dunia mereka yang masih dibangku sekolah.



No comments: