Thursday, July 30, 2009

Kem Bahasa Melayu SPM


23 Julai 2009 – Kem Bahasa Melayu Peringkat Sekolah telah berjaya diadakan di Dewan Baiduri, SMK Benut. Sasaran utama kepada para pelajar Tingkatan Lima yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir tahun ini. Seramai 176 orang semuanya. Kem Bahasa Melayu ini dikelolakan oleh Panitia Bahasa Melayu.

Objektif Kem Bahasa Melayu ini antaranya untuk melatih pelajar menulis karangan mengikut kehendak tugasan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM, memantapkan pengetahuan bahasa pelajar dalam menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2. Selain itu, pelajar dapat mematuhi peraturan masa bahagian-bahagian soalan ketika menjawab soalan dan meningkatkan peratus kecemerlangan pelajar dalam Bahasa Melayu SPM 2009.

Dua orang penceramah telah diundang iaitu Encik Hazim Bin Siron (Kertas 1) dan Puan Yong Rafidah Binti Abdul Wahab (Kertas 2) telah memberikan penerangan yang begitu jelas kepada para pelajar.





No comments: