3 Oktober 2009 – Pesta Tanglung telah diadakan oleh Persatuan Bahasa Cina dan Persatuan Pendidikan Moral dan Program Kecemerlangan Pelajar Cina pada hari ini. Pesta Tanglung ini telah dirasmikan oleh Encik Hasnan Bin Jaffar, Pengetua SMK Benut.
Pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat Cina yang mempersonakan telah dipersembahkan oleh para pelajar Cina kepada para tetamu seperti Tarian Singa, Tarian Zapin, Tarian Kipas dan banyak lagi.
Di Malaysia, disambut pada hari ke-15 bulan pertama Tahun Baru Cina iaitu semasa bulan penuh.
Bentuk asal tanglung tidak banyak berubah dari dahulu. Kebiasaannya tanglung diperbuat daripada kertas dan rangkanya daripada buluh. Tetapi ada juga tanglung diperbuat dari sutera dan kain.
Semasa pemerintahan Dinasti Song, tanglung-tanglung diperbuat dari kaca dan permata digunakan sewaktu menyambut pesta dan perayaan. Di negara
Semasa musim luruh, mereka mengadakan pesta tanglung sebagai tanda berakhirnya musim Tahun Baru Cina dan meraikan kedatangan cahaya dan musim bunga.
Tanglung yang pelbagai bentuk dan warna digantung di merata-rata tempat.
Sudah menjadi tradisi masyarakat Cina menggantung tanglung semasa malam bulan penuh ini. Kadang-kadang mereka menulis puisi dan teka-teki pada tanglung-tanglung dan
Dalam masyarakat Cina, tanglung bukan hanya perhiasan. Ia digunakan dalam majlis tertentu untuk mengalu-alukan tetamu, untuk menghebahkan kelahiran, kematian, atau amaran bahaya.
Warna serta tempat di mana tanglung digantung membawa makna tertentu. Contohnya, mereka yang baru menyambut kelahiran bayi atau perkahwinan akan menggantung tanglung berwarna merah di pintu rumah. Hal ini sebagai tanda kemeriahan dan kegembiraan kerana warna merah membawa maksud tenaga dan kecergasan.
Tanglung merah juga digunakan semasa perayaan atau keraian, seperti perayaan Tahun Baru Cina.
No comments:
Post a Comment