Saturday, February 6, 2010

Hari Terbuka Ibu Bapa Bersama Guru SMK Benut


6 Februari 2010 – Hari Terbuka ibu bapa dan penjaga berbincang dengan guru kelas atau guru mata pelajaran telah berjaya diadakan pada hari ini bermula jam 7.30 pagi sehingga 10.00 pagi bertempat  di kelas pelajar itu sendiri.

Pada hari itu juga, ibu bapa dan penjaga dapat mengetahui berkaitan disiplin dan tahap pencapaian anak mereka terutama keputusan peperiksaan akhir tahun 2009 serta ETR untuk dicapai oleh pelajar pada tahun 2010. Pertemuan dan perbincangan ini khusus kepada para pelajar tingkatan dua, tiga, lima dan Pra U. Bagi pelajar tingkatan satu dan empat, mengikuti program motivasi dan program RIMUP di Dewan Baiduri, Balai Islam dan Bilik Mesyuarat Guru.

Selepas sesi pertemuan dan program motivasi itu, pelajar meneruskan pelajaran seperti biasa bermula pukul 10.10 pagi dan tamat 12.10 tengah hari mengikut jadual waktu hari Jumaat.

Warga SMK Benut merakamkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang berkesempatan hadir pada hari itu. Semoga perbincangan yang telah dibuat dapat menambah baikan lagi pencapaian prestasi pelajaran pelajar terutama dalam peperiksaan utama seperti STPM, SPM dan PMR bagi tahun 2010.





















No comments: