Monday, February 1, 2010

Program Merentas Desa Tahun 2010


1 Februari 2010 – Program Merentas Desa Tahun 2010 telah berjaya diadakan pada pagi ini bermula jam 7.30 pagi. Program yang diadakan setiap tahun dengan objektif untuk melahirkan pelajar dalam bidang sukan, semangat kesukanan dan seterusnya bersaing dengan cara sihat dalam menyumbang markah dalam rumah sukan masing-masing (Laksamana, Bendahara, Temenggong dan Panglima) sebelum bermulanya Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-34.

Program ini dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang dikelolakan oleh Encik Ismail Bin Ali. Pelajar berkumpul mengikut rumah sukan dilihat begitu gembira dan bersemangat untuk melaksanakan program ini.

Pelajar lelaki memulakan larian bermula jam 8.30 pagi manakala pelajar perempuan pula pada jam 8.45 pagi. Encik Hasnan Bin Jaffar (Pengetua, SMK Benut) telah sudi melepaskan larian pelajar tersebut. 

Kira-kira 7 kilometer jarak  yang perlu semua pelajar lalui mengikut laluan yang telah ditetapkan oleh Unit Sukan, SMK Benut. Antara kampung yang dilalui seperti kampung Parit Sayang, Kampung Lapis Sayang, Kampung Sempah Beruang dan Taman Mahkota.

Acara tamat jam 10.00 pagi. Seterusnya, bermula 11.00 pagi pelajar dikehendaki masuk ke kelas untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran sehingga tamat masa persekolahan.

Warga SMK Benut turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Polis, Balai Polis Benut dan Pasukan RELA Benut yang membantu dan memberikan sumbangan tenaga dalam menjayakan program ini.

Tahniah kepada mereka yang telah berjaya dalam program merentas desa yang mana pengumuman rasmi akan diumumkan pada hari kejohanan sebenar nanti (25 Februari 2010).

  

























Ingin saksikan Video Merentas Desa. Klik pilihan anda.

Video V1                                    Video V2                                     Video V3


No comments: