22 Februari 2010 – Mulai pada hari ini, warga SMK Benut boleh membeli makanan dan minuman semasa waktu rehat di kantin yang lebih luas dan selesa dengan kemudahan yang lebih baik. Kantin baru ini terletak di bangunan baru 3 tingkat (aras bawah) yang telah siap dibina pada akhir tahun 2009. Di bangunan ini juga terdapat makmal sains, dewan kuliah dan bilik guru bagi tenaga pengajar pelajar Pra Universiti.
Kerjasama warga SMK Benut bagi memastikan kemudahan dan kebersihan kantin sekolah kita amat diperlukan.
No comments:
Post a Comment