Thursday, July 8, 2010

Program Skor A PMR 2010


5 Julai 2010 – Program Skor A Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bermula pada hari ini kepada para pelajar Tingkatan Tiga di Dewan Baiduri, SMK Benut selama 6 hari. Matlamat program ini supaya pelajar dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan teknik menjawab mata pelajaran PMR, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Matematik.

Program ini bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Penceramah  yang berpengalaman cemerlang mengajar dalam mata pelajaran PMR telah diundang untuk menjayakan program ini. Pelajar dinasihatkan hadir penuh mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sila rujuk jadual program ini melalui guru tingkatan.

Warga SMK Benut mengharapkan segala ilmu yang diberikan dapat diaplikasikan semasa menjawab peperiksaan PMR nanti dan seterusnya memastikan kecemerlangan menjadi hak milik anda. Insyaallah.












No comments: