Tuesday, July 20, 2010

Terima kasih dan Tahniah


19 Julai 2010 – Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa atau penjaga pelajar yang hadir dengan peratus tertinggi mengikut tingkatan pada hari terbuka yang diadakan oleh pihak sekolah, iaitu pada hari Khamis, 8 Julai 2010 telah diumumkan secara rasmi pada perhimpunan rasmi mingguan pada hari ini. Penyampaian cenderamata telah diberikan kepada kelas yang mencapai peratus kehadiran tertinggi ibu bapa atau penjaga oleh Tuan Pengetua, SMK Benut. Hadiah merupakan sumbangan khas daripada Tuan Pengetua sendiri.

Keseluruhan peratus kehadiran ibu bapa atau penjaga yang hadir pada hari itu sebanyak 88.50 peratus dan merupakan satu rekod terbaik kepada Tuan Pengetua selama beliau berkhidmat sebagai pendidik dan selaku pentadbir.

Seterusnya, penyampaian wang tunai sebagai tanda penghargaan dan galakan berterusan juga diberikan kepada para pelajar tingkatan 3, tingkatan 5 dan Pra-U yang mencapai kejayaan cemerlang melepasi OTI yang ditetapkan dalam peperiksaan Pertengahan Tahun 2010. Hadiah merupakan sumbangan khas oleh pihak pentadbir SMK Benut.

Warga SMK Benut merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa atau penjaga yang hadir semasa hari terbuka dan tahniah kepada para pelajar yang menerima penghargaan.























































No comments: