Friday, July 2, 2010

Terima kasih dan Jumpa lagi


2 Julai 2010 – Tahniah dan syabas kepada para bakal pendidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah berjaya menamatkan tugasan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)  mereka selama 2 minggu di SMK Benut, Pontian, Johor bermula 21 Jun sehingga 2 Julai.

Mereka terdiri daripada Mohd Farhan Bin Ensa, Muhammad Azfar Bin Haris, Rosazira Binti Md Yusof, Nurul Syuhada Binti Sibangi, Nurshahidah Binti Ton Latib, Siti Nabilah Binti Mohamed, Noraniza Binti Hj. Md. Japar, Ummi Mutti’ah Binti Samiza, Siti Azima Binti Abd. Kadir dan Siti Arifah Binti M.Khalil.

Warga SMK Benut turut merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang banyak membantu dalam program-program yang diadakan di sekolah ini terutamanya dalam program dari Unit Hal Ehwal Murid.

Akhir sekali, selamat meneruskan pengajian di UPSI dan seterusnya menjadi pendidik yang cemerlang. Insyaallah.





No comments: