Wednesday, May 11, 2011

Selamat Datang Pelajar Baru Pra Universiti sesi 2011/12012



9 Mei 2011 – Warga SMK Benut mengucapkan selamat datang dan selamat menimba ilmu kepada para pelajar yang berjaya menerima tawaran untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam di SMK Benut.

Seramai 171 orang pelajar telah mendaftar dan menerima kemasukan ke Tingkatan Enam di Dewan Baiduri, SMK Benut. Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti (MPPU) telah dipertanggungjawabkan untuk membantu pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah untuk menguruskan kemasukan pelajar ini.

Para Pelajar ini dikehendaki mengikuti Minggu Suai Mesra yang bermula 9 hingga 13 Mei 2011. Pelbagai aktiviti dan program telah disusun untuk memberi maklumat dan semangat kepimpinan diri serta sahsiah diri. Tema ‘Selangkah Ke Universiti’ telah dipilih dan bersesuaian dengan matlamat dan hasrat para pelajar untuk meningkatkan pencapaian prestasi akademik untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti.

Semoga pemilihan para pelajar untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam di SMK Benut diteruskan dengan semangat menimba ilmu bersungguh-sungguh dan berjaya dengan lebih cemerlang dalam STPM.

















No comments: