Wednesday, September 24, 2014

Peperiksaan Psikometrik 2014

24 September 2014: SMK Benut telah menjalankan Peperiksaan Psikometrik PT3 yang dijalankan di dewan Baiduri dan Dewan Kecil.


Psikometrik ialah suatu bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap dan personaliti. Pentaksiran psikometrik digunakan untuk mendapatkan lebih maklumat tentang kemampuan, kekuatan, kelemahan, bakat, sikap, potensi, minat dan personaliti seseorang individu bagi tujuan membantu dalam memperkembangkan potensi dan pertumbuhan individu itu.  Data yang diperoleh mampu memberikan maklumat yang menyeluruh tentang seseorang individu supaya individu itu dapat difahami sebagai seorang insan.

Setiap individu perlu mengenal diri bagi tujuan peningkatan dan pembangunan diri. Semua yang ingin dibangunkan, perkembangan intelek, emosi dan sosial, mesti diukur.

Pentaksiran psikometrik menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran. Instrumen itu direka bentuk untuk mendapatkan maklumat secara kualitatif dan kuantitatif tentang keupayaan seseorang untuk bertindak balas dalam suatu cara tertentu yang bersifat am. Ujian ini mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Prestasi murid tidak diukur  dan laporan adalah dalam bentuk deskriptif.Measuring knowledgeabilities and behaviourpsychometric assessment tools  aid the decision making process, but do not make the decision to select one child over the next(Munchinsky, 2003; Wilson, 2004).

No comments: