Tuesday, April 21, 2015

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) SMKB 2015

21 April 2015: Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaaan dalam kalangan murid.

Program KM1M 2015 di Peringkat Kebangsaan akan diadakan selama tiga hari iaitu pada 21 hingga 23 April dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia. Majlis Pelancarannya akan diadakan pada 21 April 2015 di SMK Tengku Afzan, Alor Akar, Kuantan, Pahang. Manakala pelancaran peringkat Negeri Johor akan diadakan di SK Kampung Pasir, Johor Bahru pada tarikh yang sama.
Sehubungan itu, SMKB telah melancarkan Program KM1M pada hari ini dengan penglibatan seluruh warga sekolah serentak bermula jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi di kelas / bilik masing-masing dengan pengawasan guru.

Terima kasih kepada semua warga sekolah atas kerjasama yang diberikan. Semoga program ini akan menyuntik semangat semua murid untuk menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya. SMKB, We Are The Best.

No comments: