Sunday, August 30, 2015


Tahniah! Smk Benut
Persembahan Rekod Dunia "Largest Silat Lesson"
Silat Cekak Pusaka Hanafi

29 Ogos 2015 (Sabtu) : Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar Smk Benut kerana menjadi sebahagian daripada peserta yang berjaya mencipta rekod dalam Guinness World Records. Rekod " Largest Silat Lesson" dengan penyertaan sebanyak 97 orang pelajar Smk Benut daripada 12, 393 orang pesilat dan pelajar sekolah serta IPT dari seluruh Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka telah melakar sejarah sekali gus memartabatkan seni pencak silat negara.  

Kejayaan rekod baharu itu turut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta wakil rasmi Guinness World Records, Fortune Burke.

Pencapaian yang diraih  ini harus dibanggakan kerana bukan mudah bagi mana-mana pihak memahat nama dalam rekod dunia terutamanya Guinness World Records dengan penyertaan yang ramai. Persembahan "Largest Silat Lesson" telah diketuai oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak Pusaka Hanafi, Dr Md Radzi Hanafi dan ikuti oleh sebanyak 12,393 orang peserta. Segala pergerakan harus dilakukan dengan serentak dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 minit dengan alunan muzik tradisional yang perlu dimainkan secara langsung. 

Sedikit sebanyak dengan penyertaan ini dapat menyuntik semangat baharu kepada para pelajar Smk Benut untuk terus maju dalam pelbagai bidang yang bersifat holistik.  Tahniah diucapkan. We Are The Best !

 

 
 





 
 
 
 
 
 


No comments: