Majlis Perasmian
Bulan Penghayatan Bahasa
Smk Benut
21 Feb 2016 (Ahad): Sebuah Majlis perasmian bulan penghayatan bahasa telah diadakan bagi melahirkan para pelajar yang berketrampilan dan dapat menguasai kemahiran mendengar, bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu serta mengembangkan bakat pelajar dalam pelbagai bidang yang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan matlamat pendidikan negara. Antara objektifnya adalah:
- Meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Memberi peluang kepada para pelajar untuk menyerlahkan bakat mereka dalam pelbagai bidang.
- Mewujudkan pertandingan yang sihat antara individu dan kelas.
- Mencukil bakat pelajar yang berpotensi untuk mewakili sekolah dalam semua pertandingan koakademik Bahasa Melayu peringkat daerah dan negeri.
Perasmian Bulan Penghayatan Bahasa dimulakan dengan gimik pelancaran daripada pelajar-pelajar tingkatan 6 yang bertemakan kejatuhan dan kebangkitan di dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Selain itu perasmian tersebut juga disajikan dengan persembahan Tarian Endang dan main zapin yang dipersembahkan oleh pelajar Smk Benut. Deklamasi sajak Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Cina daripada pelajar tingkatan 5.
Para pelajar digalakkan untuk menyertai pertandingan yang akan diadakan sepanjang Bulan Penghayatan Bahasa bagi memartabatkan lagi penggunaan Bahasa di peringkat sekolah. Antaranya adalah:
Pertandingan Bahasa Inggeris
- Scrabble
- Treasure Hunt
- Wonder Word
- Story Telling
- Book Mark
- Public Speaking
- Word Puzzle
Pertandingan Bahasa Cina
- Kaligrafi Cina
- Kuiz
- Deklamasi Sajak
- Teka Teki
Pertandingan Bahasa Melayu
- Pertandingan Sahibba
- Pertandingan Menulis Esei
- Pertandingan Pidato /Syarahan
- Bersyair
- Kuiz Bahasa / Komsas
- Berbalas pantun
- Forum Remaja
- Teka Silang Kata
- Cerita Klasik
- Pertandingan Membuat Buku Skrap
- Deklamasi Sajak
- Bahasa Ala Parlimen
|
No comments:
Post a Comment