Sunday, February 28, 2016

Kejohanan Balapan dan Padang SMK Benut kali ke-42

25 Feb 2016(Khamis): Kejohanan Padang dan Balapan 2016 ini merupakan usaha ke arah memenuhi visi Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang dalam melahirkan bakat-bakat baru pelapis atlet sekolah yang berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara matlamat kejohanan sukan ini adalah untuk membina minda berkonsepkan budaya sihat kepada para  pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian serta mengiratkan hubungan silaturrahim, setia kawan di antara warga pendidik sesama pelajar. 

Majlis telah dirasmikan oleh Yb. Datuk Ir. Hj. Hasni Bin Mohammad (Exco Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, ADUN Benut). Majlis dimulakan dengan perbarisan lintas hormat rumah-rumah sukan dan upacara menaikkan bendera kejohanan dan diikuti dengan persembahan senamrobik daripada kelab senamrobik serta acara akhir olahraga kejohanan. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Rumah Panglima sebagai juara sekaligus merangkul johan keseluruhan antara rumah-rumah sukan. Tahniah juga diucapkan kepada para atlet dan pelajar-pelajar yang menjayakan kejohan sukan ini. Diharap kejohanan sukan sekolah ini dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar dan melahirkan pelajar-pelajar yang cergas dan cerdas dan berjaya. We Are The Best!

 
 

 
 

 
 
 

 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 

 

 
 



No comments: