PELANCARAN SISTEM DEMERIT
14 Feb 2016 (ahad) : Sebuah pelancaran sistem demerit telah diperkenalkan berdasarkan Undang-undang dan Peraturan, Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, iaitu Kesalahan dan Tindakan Disiplin, (serta beberapa tambahan berdasarkan kesesuaian semasa).
Sehubungan itu, pihak sekolah berhak menggunakan sistem demerit atau sistem mata mengikut kesesuaian dan keperluannya dalam usaha meningkatan taraf disiplin dan sahsiah pelajar sekolah ini. Sistem ini sebagai salah satu cara untuk mengenal pasti masalah dan salah laku dalam kalangan pelajar. Justeru itu, sistem ini juga akan memberi pengiktirafan atau penghargaan kepada pelajar yang memberi sumbangan bermakna kepada sekolah melalui kegiatan akademik, kokurikulum, sahsiah, disiplin, kebajikan dan kerohanian yang disertainya.
Seterusnya sistem ini akan dapat membantu pelajar meningkatkan sahsiah diri, akhlak serta keperibadian secara objektif sama ada seseorang pelajar itu berada pada tahap cemerlang, baik atau memuaskan.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian kecemerlangan Pentaksiran tingkatan 3 (PT3). Seramai 2 orang pelajar telah mendapat 10A, 3 orang pelajar mendapat 7A dan 13 orang pelajar telah mendapat 6A. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang menerima anugerah kecemerlanganPT3. We Are The Best!
No comments:
Post a Comment