Sunday, March 27, 2016

 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38
&
Anugerah Kecemerlangan
SMK Benut
Penerima anugerah SPM dan STPM 2015 bergambar bersama Dato' Haji Mohamad Jais Othman dan barisan AJK PIBG SMKB
27 Mac 2016(Ahad): Telah berlangsung majlis mesyuarat agung PIBG ke-38 di dewan Baiduri, SMK
Benut. majlis telah dirasmikan oleh Dato' Haji Mohamad Jahis B. Othman (Pegawai Khas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).  Mesyuarat kali ini telah mendapat tajaan hadiah cabutan bertuah daripada Adabi Sendirian Berhad yang berupa hamper sebanyak 30 buah.

Majlis juga telah mengadakan penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar-pelajar Smk Benut. Seramai tujuh orang pelajar menerima anugerah kecemerlangan STPM 2015 sekaligus menaikan Gred Purata Sekolah (GPS) kategori tingkatan enam dalam daerah Pontian. Seorang daripada tujuh penerima anugerah telah mendapat CGPA 4.0 dan enam lagi menerima CGPA 3.6 keatas. Bagi penerima anugerah kecemerlangan SPM 2015 seramai 3 orang pelajar mendapat 6A, 3 orang pelajar  mendapat 7A, seorang mendapat 8A, 2 orang mendapat 9A dan seorang mendapat 11A. Bagi kategori penerima anugerah kecemerlangan PT3 2015 seramai 3 orang mendapat 7A dan 2 orang mendapat 10A.  Penerima anugerah kecemerlangan akhir tahun 2015 diberi bagi setiap tingkatan untuk kedudukan pertama, kedua dan ketiga sahaja. Semoga anak didik Smk Benut terus berjaya dan cemerlang. We Are The Best.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments: