Saturday, March 5, 2016

Program Menuju Menara Gading Payung Merah 2016

5 Mac 2016: Program Menuju Menara Gading Payung Merah telah dijalankan bermula 3 mac 2016 hingga 5 Mac 2016. Program ini adalah di bawah anjuran sekretariat Rakan Muda UKM dengan kerjasama RUSquad UKM dan SMK Benut.

Peserta kurus adalah terdiri daripada murid-murid calon STPM dan SPM 2016 SMK Benut. Berbagai input telah diberikan pendedahan bagi meningkatkan motivasi pelajar ke arah pencapaian cemerlang dalam akademik. Lebih manis lagi 3 orang urusetia merupakan bekas murid SMKB. Rata-rata semua peserta teruja untuk mengikuti semua aktiviti program yang dijalankan.

Dalam ucapan perasmian penutup oleh Dato' Hj. Jahis Bin Hj. Othman (Pegawai Khas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) selaku wakil rasmi YB. Datuk Hj. Ahmad Bin Hj. Maslan, beliau mendoakan agar barisan murid yang berada didewan ini bakal akan menjejaki ke menara gading dan seterusnya dapat menerajui negara pada suatu masa nanti.

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat terutamanya Unit Bimbingan dan Kaunseling atas usaha yang dicurahkan sepanjang program ini dijalankan. SMKB, We Are The Best.










No comments: